Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Monday, June 18, 2012

Mah Sing Lihat Permintaan Pada Hartanah

Share

Permintaan domestik bagi hartanah perumahan masih kukuh walaupun Bank Negara Malaysia (BNM) mengetatkan syarat-syarat pinjaman, kata pemaju hartanah.

Mah Sing Group Bhd, pemaju kedua terbesar di Malaysia yang disenaraikan berdasarkan hasil jualan, menyatakan, peraturan ketat yang diambil oleh BNM hanya melambatkan proses pinjaman dan tidak sama sekali memberi kesan kepada sektor hartanah.

“Walaupun BNM mengetatkan peraturan pinjaman bank pusat, kita yakin bagi segmen tertentu, dan kita harus menentukan bagi memenuhi jangkaan pasaran”.

“Terdapat permintaan yang berterusan dalam bahagian tertentu seperti hartanah perumahan yang melebihi RM1 juta di lokasi yang baik, terutamanya dalam kediaman yang berpagar dan berkawal,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan dan Pengarah Urusan Tan Sri Leong Hoy Kum, pada pemberita di luar persidangan Invest Malaysia 2012 di sini hari ini.

Sementara Pengarah Urusan Glomac Group/Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk FD  Iskandar Mansor berkata harga permintaan bagi tanah perumahan di lokasi yang tepat bernilai antara RM200,000 hingga RM600,000.
“Tanah hartanah perumahan adalah sangat diperlukan. Statistik menunjukkan dalam tempoh enam bulan terakhir, rumah yang di bawah RM250,000 tidak dijual.

“Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, peratusan hartanah perumahan dan perdagangan adalah sama, tetapi tahun ini kita dapat melihat alirannya bergerak lebih kepada hartanah perumahan.”

“Dari segi imbasan yang kami jalankan di Mutiara Damansara, menerima 90 peratus kadar keseluruhan penerima dalam tempoh sebulan pelancarannya awal tahun ini,” katanya.

Beliau berkata harga hartanah stabil tahun ini dengan pembeli lebih berhati-hati dalam pembelian hartanah dan dipengaruhi oleh kriteria pinjaman yang lebih ketat oleh BNM dan faktor luaran seperti pertumbuhan ekonomi dunia.

“Pada tahun 2009 dan 2010, harga hartanah naik pada kadar yang lebih cepat tetapi kini harga pada kadar yang stabil,” katanya.

Datuk Iskandar berkata selagi ada keyakinan dalam kuasa beli, ditambah dengan hakikat bahawa 67 peratus daripada penduduk Malaysia adalah di bawah umur 35 tahun, bahagian hartanah bersedia untuk dilaksanakan.- BERNAMA
Share

Sunday, June 17, 2012

250 unit rumah kos sederhana akan di bina di Pulau Pinang

Share

GEORGE TOWN: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan pusat merancang untuk membina 250 unit rumah kos sederhana di Kampung Permatang Tok Subuh, Bukit Minyak, dalam usaha membantu mengatasi masalah perumahan di Pulau Pinang. 


Beliau berkata, Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) Jabatan Perdana Menteti (JPM) mengenal pasti kawasan berkenaan dan pembinaannya akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat. 


"Masalah tempat tinggal memang satu isu yang besar, dan bagi mereka yang bekerja mungkin pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi untuk memiliki rumah. Kita akan atasi masalah ini kerana ia perlukan penyelesaian segera. 


"Selain itu, saya juga arahkan ICU untuk mencari tapak-tapak yang sesuai dan binalah rumah, buat perancangan yang teliti," katanya pada majlis perjumpaan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu di Dewan Tunku Syed Putra Universiti Sains Malaysia (USM) di sini, hari ini.  Kira-kira 6,000 orang daripada 60 NGO hadir pada perjumpaan itu. 


Beliau berkata demikian sebagai memberi maklum balas berhubung masalah perumahan di Pulau Pinang serta rungutan golongan Bumiputera yang tidak berkemampuan memiliki rumah kerana harga yang terlalu mahal. 


Hadir sama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop; Pengerusi Barisan Nasional (BN), Pulau Pinang Teng Chang Yeow; Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman dan pemimpin BN negeri. 


Timbalan Perdana Menteri menyeru supaya NGO Melayu di Pulau Pinang bersatu bagi memperkasa golongan bumiputera di negeri ini untuk terus kukuh dan tidak berpecah belah. 


"Yang penting ialah perpaduan kita, Melayu Pulau Pinang tidak boleh berpecah, pimpinan NGO inilah yang akan menjadi pengikat, kita tidak boleh bercerai berai...bersatu teguh bercerai roboh...," katanya.

Beliau berkata, kerajaan pusat akan menyalurkan bantuan kewangan kepada NGO atau persatuan untuk melakukan pelbagai aktiviti bersesuaian dengan lebih berkesan. 


"Saya beri RM10,000 untuk setiap NGO yang hadir pada hari ini, saya harap ia dapat laksanakan dalam tempoh segera," katanya. 


Beliau turut mengulangi kenyataan bahawa kerajaan persekutuan terus komited membantu rakyat supaya dapat sama-sama menikmati faedah yang diperoleh hasil daripada tranformasi yang dilaksanakan kerajaan. 


"Kerajaan mengambil serius kemahuan rakyat, apa lagi yang rakyat mahukan, kerajaan persekutuan memang membantu dan apa yang diutamakan ialah soal pendidikan, akan-anak kita tidak boleh diabaikan.. jangan sampai terbiar dan tercicir tidak pergi ke sekolah. 


"Saya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selalu turun padang dan setiap minggu kami berdua berbincang kemudian dibawa ke kabinet untuk diputuskan bentuk bantuan yang akan diberi kepada rakyat sebagai memenuhi kehendak dan keperluan mereka," katanya. - BERNAMA
Share

Monday, January 24, 2011

Tempoh pajakan tanah boleh dilanjut sehingga 99 tahun

Share
KUALA LUMPUR 1 Dis. - Kerajaan-kerajaan negeri kini boleh memperbaharui tempoh pegangan baru tidak melebihi 99 tahun kepada mana-mana pemilik tanah berstatus pajakan yang bercadang memohon ”pembaharuan” atau ”pelanjutan” tempoh pegangan pajakan sedia ada sebelum tempoh pegangan tersebut luput. 

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perkara itu terkandung dalam kertas panduan yang menjamin “pembaharuan” atau “pelanjutan” tempoh pegangan pajakan itu yang telah dipersetujui di dalam Mesyuarat Ke-66 Majlis Tanah Negara di sini hari ini. 

Beliau berkata, pelaksanaan dasar itu akan dapat memenuhi kehendak rakyat yang sebelum ini bimbang akan kehilangan tanah mereka.

Bagaimanapun, pegangan baru itu hanya akan dibenarkan sekiranya tanah tersebut tidak diperlukan oleh kerajaan untuk tujuan awam, katanya. 

Muhyiddin berkata, pelaksanaan dasar itu merupakan panduan kepada kerajaan negeri dengan termaktub kepada enam syarat utama termasuk hanya terbuka kepada tanah pajakan berkategori “bangunan” atau “perusahaan” atau “pertanian”.

"Pemilik tanah boleh memohon pada bila-bila masa untuk menyambung pajakan dan tidak terikat dengan baki pajakan sedia ada,” katanya. 

Beliau berkata, pemohon dikehendaki membuat permohonan serentak bagi menyerahbalik tanah mengikut seksyen 197 Kanun Tanah Negara (KTN) dan Borang Jadual 1 Kaedah Tanah Negeri untuk pemberimilikan tanah mengikut tatacara perundangan sedia ada di bawah KTN dan kaedah-kaedah Tanah Negeri. 

Pelanjutan tempoh pegangan baru juga tidak boleh melebihi 99 tahun sekiranya tanah tidak diperlukan oleh kerajaan untuk tujuan awam selain tidak bercanggah dengan mana-mana undang-undang bertulis berkuatkuasa, katanya. 

- Bernama
Share

Sunday, January 23, 2011

SPNB bina rumah mesra keluarga

Share

PUTRAJAYA 23 Jan. - Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB) akan menjalin kerjasama strategik dengan anak syarikat kerajaan negeri bagi membina rumah mampu milik yang berharga antara RM35,000 hingga RM100,000 di seluruh negara pada tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Ir. Idris Haron berkata, kerjasama sedemikian penting bagi membolehkan golongan berpendapatan sederhana dan rendah di seluruh negara memiliki rumah yang selesa dan mesra keluarga.
''Buat masa ini SPNB akan menjalin kerjasama dengan anak syarikat kerajaan negeri Perlis, Perlis Holdings bagi membina kira-kira 1,500 unit rumah mampu milik di negeri itu.

''Seandainya tidak ada sebarang masalah, projek perumahan melibatkan kawasan seluas 52 hektar berdekatan Universiti Malaysia Perlis itu akan dilancarkan pada pertengahan bulan depan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

SPNB yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 itu adalah syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan (Mof Inc.).

Idris berkata, rumah itu akan mempunyai tiga bilik tidur dan dilengkapi kemudahan dua bilik air.
Malah, beliau menambah, rumah yang berkonsep mesra keluarga dan selesa itu mempunyai keluasan antara 800 kaki persegi hingga 1,000 kaki persegi.

''Rumah yang terbahagi kepada tiga jenis iaitu kos rendah, kos sederhana rendah dan kos sederhana itu terbuka untuk jualan kepada semua warganegara kecuali kos rendah dan ia tertakluk kepada syarat-syarat kerajaan negeri," katanya.

Selain itu, beliau memberitahu, kini SPNB sendiri sedang membina lebih 15,000 buah rumah mampu milik yang bernilai RM1.8 juta seluruh negara.

''Projek perumahan itu adalah hasil kerjasama dengan beberapa buah syarikat swasta dan agensi kerajaan pusat serta negeri," katanya

http://www.utusan.com.my/
Share

Tuesday, January 18, 2011

Values, rents of properties close to MRT stations poised for 25% increase

Share
KUALA LUMPUR: Values and rents of properties within developments in the Klang Valley close to the proposed mass rapid transit (MRT) stations as properties adjacent to the stations are poised to increase by as much as 25%, said Ho Chin Soon Research Sdn Bhd director Ho Chin Soon.

Citing various data culled from the internet, he said this was naturally due to the strategic location of the properties which will be in close proximity to the stations, he said.

The provisional Sg Buloh-Kajang MRT line is expected to have 34 stations. Some of the stops include Taman Tun Dr Ismail, Pusat Bandar Damansara, Section 17 Petaling Jaya, Central Market, KL Sentral, Pudu, Bukit Bintang, the upcoming Kuala Lumpur International Financial District (KLIFD), Jalan Cochrane and Maluri.

He was speaking at the 4th Malaysian Property Summit 2011 (4MPS) organised by the Association of Valuers, Property Managers, Estate Agents and Property Consultants in the Private Sector Malaysia (PEPS).

The summit aims to give property industry players an authoritative view of the industry and features valuers, land economists, property consultants and real estate investment analysts as speakers.

http://www.theedgeproperty.com/
Share

Sunday, January 16, 2011

Harga FLAT RM200,000 untuk 4 tahun lg..

Share
Harga flet RM200,000


2011/01/16


HARGA flet kos rendah dijangka meningkat kepada RM200,000 menjelang 2015.



Jualan semula hartanah di pasaran terbuka diramal meningkat

KUALA LUMPUR: RM200,000! Itulah unjuran harga jualan semula sebuah rumah flet kos rendah di bandar utama negara ini di pasaran terbuka, dalam tempoh sekurang-kurangnya empat tahun lagi.

Anggaran kenaikan harga sehingga 400 peratus berbanding hanya di bawah RM50,000 sekarang adalah berasas jika mengambil kira harga jualan semula dan nilai hartanah semasa.


Berdasarkan laporan, unit baru rumah dan jualan semula hartanah di seluruh negara dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun lalu, flet adalah kategori kediaman yang mendapat permintaan tinggi dengan peningkatan jualan sebanyak 50.4 peratus berbanding 2009.

Jualan flet baru di pasaran terbuka berharga RM50,000 hingga RM150,000 berada di tangga kedua selepas kondominium dan apartmen berharga RM50,000 hingga lebih RM1 juta, tetapi jumlah itu tidak termasuk rumah dijual semula.


Namun, rakyat Malaysia bertuah kerana kerajaan mewujudkan sistem kawalan, pemberian subsidi serta pelbagai bantuan bagi membolehkan mereka yang kurang berkemampuan mendapatkan rumah sendiri, khususnya flet dan kediaman kos rendah pada harga amat istimewa.

Bagaimana pula dengan kelompok rakyat di luar kategori itu, iaitu mereka yang memperoleh pendapatan lebih sedikit daripada RM3,000.

Jika benar sebuah flet berharga RM200,000, ia pasti membimbangkan banyak pihak terutama pembeli baru yang majoritinya berusia bawah 30 tahun dan masih belum stabil kedudukan ekonomi mereka, termasuk kemampuan memiliki rumah sendiri, sama ada membeli unit baru atau terpakai.

Apa yang pasti berdasarkan rekod sebelum ini, harga rumah tetap meningkat setiap tahun berdasarkan statistik dalam indeks purata bagi rumah berharga bawah RM50,000 hingga lebih RM1 juta membabitkan flet kos rendah hingga ke kediaman mewah.

Mengikut indeks berkenaan, kenaikan paling tinggi direkodkan tahun lalu iaitu sebanyak enam peratus (RM11,082) berbanding tahun sebelumnya.

Timbalan Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), Datuk Fateh Iskandar Mohamed Mansor, berkata kenaikan harga juga membabitkan semua jenis rumah termasuk rumah kos sederhana (teres) dan kediaman mewah, terutama di bandar besar.

Ia berkait rapat dengan faktor tanah semasa, kos pembinaan, permintaan serta lokasi dengan trend pembelian hartanah yang bertumpu di kawasan bandar. Namun, harga rumah kos rendah masih dikawal pihak berkuasa tempatan (PBT) dan dijual antara RM25,000 hingga RM42,000 mengikut lokasi, katanya.

Sepanjang sembilan bulan pertama tahun lalu, sebanyak 28,850 unit rumah baru pelbagai jenis dan harga dibina dan 12,339 berjaya dijual di seluruh negara. Jumlah itu meningkat 42.8 peratus (5,281 unit) berbanding tempoh sama tahun 2009. Jumlah rumah sama dijual pada 2000, dengan harga purata RM140,112 tetapi mencecah RM197,022, tahun lalu.

Harga rumah akan terus melambung jika kediaman itu dilengkapi perkhidmatan kawalan keselamatan dan kemudahan kolam renang, gimnasium. Walaupun sentiasa meningkat, rakyat kena yakin untuk buat pelaburan hartanah rumah kerana ia salah satu pelaburan besar.

Contoh paling mudah, sebuah rumah flet yang dibeli di Petaling Jaya pada harga RM35,000 ketika 1990-an lalu, kini sudah meningkat kepada hampir RM200,000, katanya.

Bagaimanapun, berdasarkan kadar kenaikan tahunan kira-kira tiga peratus, beliau yakin harga rumah di Malaysia masih pada tahap rendah dan tidak mengalami sindrom gelembung hartanah ketara seperti di Singapura dan Hong Kong yang mencatatkan kenaikan antara 50 hingga 100 peratus setahun.

Fateh Iskandar turut membandingkan harga kenderaan yang berubah mengikut purata masa dan susut nilai yang dianggap perkara biasa, tetapi jika harga rumah semakin merudum, ia membuktikan ekonomi negara tidak stabil.

Mengikut statistik Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), jumlah jualan kediaman baru tahun lalu meningkat sebanyak 42.8 peratus (5,281) berbanding tahun sebelumnya dengan jumlah 12,339 bagi semua jenis rumah.

Faktor peningkatan populasi akibat penghijrahan penduduk ke kawasan bandar juga menyebabkan permintaan terhadap kediaman baru semakin meningkat berbanding 20 tahun lalu dengan anggaran pertambahan populasi di kawasan bandar kini mencecah 60 peratus.



Sumber
Share

Wednesday, December 15, 2010

Banyak Syarikat Lembah Klang Kini Berminat Pindah Operasi Ke N. Sembilan

Share
Banyak syarikat dan industri kini berminat memindahkan operasi dari kawasan Lembah Klang seperti di Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Klang ke kawasan Sendayan, Enstek dan sekitar Negeri Sembilan.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ini jelas menunjukkan bahawa kedudukan stratejik kawasan perindustrian yang terdapat di negeri ini dapat menarik perhatian pengusaha dan pihak industri.

“Mereka merasakan tidak perlu lagi berada di kawasan Lembah Klang dan mahu mengalihkan operasi masing-masing ke Negeri Sembilan agar kos operasi akan lebih rendah sambil boleh merealisasikan nilai tanah di Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Katanya ini bermakna mereka boleh merealisasikan nilai sebenar tanah masing-masing di Lembah Klang.
“Jika syarikat ini syarikat yang tersenarai di bursa saham, mereka boleh menilai semula hartanah mereka dan akan meningkatkan nilai harta tetap masing-masing dan ini akan menambah nilai urusan bursa saham syarikat yang tersenarai di bursa saham,” katanya.

Faktor lain (yang mendorong langkah itu), katanya ialah bagi menjaga kebajikan para pekerja kerana Kuala Lumpur berhadapan kos sara hidup yang tinggi.

Langkah itu dapat mengurangkan bebanan para pekerja kerana kos sara hidup di sini lebih 50 peratus lebih rendah, terutama sekali dari segi kos sewa rumah, katanya.

Mohamad berkata, pada Rabu, dua syarikat menandatangani pembelian tanah di Bandar Baru Sendayan untuk memindahkan operasi perniagaan dari Klang. Syarikat berkenaan telah pun menjual tanah masing-masing di Klang.

Kerajaan negeri juga sedang meneliti permohonan dua syarikat elektronik dari Jepun dan Korea itu untuk beroperasi di Sendayan dengan nilai pelaburan lebih RM2 bilion.

“Walau pun banyak syarikat hendak memindahkan operasi ke sini, kita perlu menapis syarikat ini dan hanya membenarkan industri yang tidak memudaratan kepada alam sekitar dan rakyat membuka operasi mereka di sini,” katanya.

Antara daya tarikan lain yang masih terdapat di negeri ini, katanya termasuk adanya sistem pengangkutan yang baik dan berhampiran dengan kemudahan seperti lapangan terbang dan pelabuhan, yang membantu meningkatkan pelaburan ke negeri ini.

“Kita tidak menghadapi masalah mencapai KPI untuk menerima pelaburan baru RM1 bilion setiap tahun. Setakat tahun ini saja, kita telah memperolehi hampir RM4 bilion pelaburan baru yang meliputi perkilangan, peruncitan dan perkhidmatan.

“Ini satu perkembangan yang amat menggalakkan. Kerajaan negeri akan terus menjalankan segala aktiviti terutama untuk memastikan sistem penyampaian kita akan lebih cekap untuk menarik pelabur ke negeri ini,” katanya.

– BERNAMA
Share

Thursday, November 4, 2010

BNM Laksana 70 Peratus Nisbah Pinjaman Kepada Nilai Bagi Pembiayaan Rumah Ketiga

Share
Bank Negara Malaysia Rabu mengumumkan pelaksanaan nisbah pinjaman kepada nilai (LTV) maksimum sebanyak 70 peratus, berkuat kuasa serta merta yang akan terpakai bagi kemudahan pembiayaan rumah ketiga oleh peminjam.

Menurut bank pusat, kemudahan pembiayaan bagi pembelian rumah pertama dan kedua tidak terjejas dan peminjam akan terus memperoleh pembiayaan bagi pembelian ini pada paras LTV sekarang ini yang dikenakan bank individu berdasarkan kepada dasar kredit dalaman mereka.

"Langkah ini bertujuan untuk menyokong pasaran hartanah yang stabil dan mampan serta menggalakkan rumah mampu milik untuk orang ramai," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurut bank pusat itu, dengan harga hartanah kediaman meningkat dengan kukuh seiring dengan perkembangan ekonomi dan peningkatan paras pendapatan, trend pertumbuhan agregat kekal boleh diurus.

Bagaimanapun, lokasi khusus terutamanya dalam dan sekitar pusat bandar mengalami pertumbuhan pantas dalam jumlah urusniaga dan dalam harga rumah.

Bank Negara berkata ini terus disokong oleh kenaikan dalam pembiayaan yang disediakan untuk pelbagai pembelian unit oleh peminjam tunggal, yang menunjukkan kenaikan aktiviti pelaburan yang merupakan spekulatif, kata Bank Negara.

Ia berkata pelaksanaan nisbah LTV yang disasarkan itu dijangka menyederhanakan pelaburan yang banyak dan aktiviti spekulatif dalam pasaran hartanah kediaman yang menyebabkan kenaikan harga yang lebih tinggi daripada purata di lokasi sedemikian.

"Ini juga telah membawa kepada kenaikan dalam harga rumah di sekitar lokasi, dengan itu menyumbang kepada penurunan keseluruhan rumah mampu milik bagi pembeli rumah sebenar.

"Oleh itu langkah ini kekal menyokong objektif menggalakkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia yang terus menjadi agenda penting negara," kata bank pusat.

Dalam perkembangan lain, Bank Negara mengumumkan pengenalan program kemampuan kewangan, sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meningkatkan paras literasi kewangan, menggalakkan kewangan yang baik dan pengurusan hutang oleh rakyat Malaysia.

Program itu akan ditawarkan oleh Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit melalui cawangannya di seluruh negara dan akan bermula Januari 2011.

"Program ini bertujuan melengkapkan individu dengan pengetahuan untuk keputusan kewangan yang bertanggungjawab dengan mendapat pemahaman praktikal dan kemahiran dalam pengurusan wang dan hutang," katanya.

Bank Negara berkata program menyumbang ke arah mengekalkan kedudukan kewangan isirumah yang baik dan memastikan pengumpulan hutang sepadan dengan kemampuan isirumah, termasuk kemampuan mereka menyerap pelarasan kadar faedah dan potensi turun naik paras perbelanjaan dan pendapatan.

"Individu, terutamanya peminjam prospektif yang baru dan dewasa muda, digalakkan mengambil bahagian dalam program yang direka bentuk khas.

"Maklumat pelaksanaan program ini akan diumum pada Disember," katanya.


-- BERNAMA 
Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails