Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Wednesday, March 12, 2014

9 Tanda Mengapa Anda Perlu Menjual Hartanah Sekarang

Share

Adakah anda bercadang untuk menjual hartanah?

Mungkin ramai dikalangan pembaca Drumah.com telah memiliki beberapa buah rumah dalam tempoh beberapa tahun yang lepas. Mungkin juga, ada diantara pelabur dan pemilik hartanah yang sedang berkira-kira untuk menjual hartanah mereka, tapi dalam masa yang sama, rasa ragu-ragu adakah baik menunggu atau menjualnya sekarang?

Ikut kata hati mati, ikut kata rasa pula binasa.

Itulah kata-kata perumpamaan yang sesuai apabila anda tidak sedar akan hal ini. Oleh itu, disini saya sertakan beberapa sebab, mengapa anda perlu membuat keputusan sekarang untuk menjual hartanah yang di beli dahulu.

Adakah berbaloi menunggu?

1. Apabila hartanah yang anda beli tiba-tiba menjadi bebanan (liabiliti) dan sukar untuk di selengara. Ianya mungkin satu tanda telah tiba waktunya anda menjual hartanah anda.

2. Dalam sesetengah keadaan, mungkin hartanah itu dirasakan terlalu tinggi kosnya untuk di baik pulih.

3. Mungkin pada hari ini, hartanah yang kita beli beberapa tahun dahulu telah tidak sesuai atau “matching” dengan keperluan kita. Adakah ahli keluarga telah bertambah?
Mungkin lebih sesuai cari ruang yang lebih besar untuk keluarga… Sebab itu perlu dijual hartanah ini.

4. Tempoh persaraan hampir tiba. Adakah anda akan bersara dalam tempoh beberapa tahun lagi… jika itu yang di alami, itu satu tanda anda perlu menjual hartanah anda.

5. Faktor kejiranan: Ianya adakah faktor terpenting. Berkemungkinan persekitaran kediaman hari ini sudah tidak sesuai untuk membesarkan anak – anak. Kejiranan kita terlalu banyak bangsa asing? Adakah kejiranan yang kita tinggal sekarang ini banyak kejadian jenayah? Pengaruh yang kurang sihat? – Komuniti ini mungkin tidak sesuai dengan kita. Jadi, ianya adalah satu lagi tanda mengapa anda harus menjualnya.

6. Telah bertukar tempat kerja? Memandangkan lokasi tempat kerja anda hari ini telah jauh dari lokasi bekerja, ianya satu lagi sebab mengapa anda perlu menjualnya. Sebaik-baiknya anda mencari lokasi hartanah yang berdekatan dengan tempat kerja. Ini kerana kos kenderaan seperti minyak dan tol dapat di kurangkan. – Sudah pasti tinggal di lokasi yang berdekatan akan banyak memudahkan dan menjimatkan dalam tempoh masa yang panjang.

7. Pada tahun ini, anda kehilangan kerja. Ianya sesuatu yang tidak baik didalam kewangan anda. Tetapi anda perlu meneruskan hidup juga. Oleh itu, jangan biarkan hartanah ini menjadi bebanan kepada anda.

8. Anda telah berpisah dengan pasangan. Ianya satu yang sukar bagi menentukan milik siapakah hartanah ini walaupun anda yang membayar kepada pihak bank. Jalan yang sering di lakukan oleh pasangan yang terpisah adalah dengan menjualnya agar keuntungan dari penjualan tersebut akan dibahagikan sama-rata dan pasangan dapat hak mereka masing-masing.

9. Hartanah anda hendak di lelong oleh pihak bank. Ianya satu hal yang paling genting dan perlu di ubati segera. Jika keadaan ini terjadi kepada anda, adalah lebih baik cepat-cepat menjualnya. Kerana hal ini akan merosakkan reputasi anda sebagai peminjam. Jangan panik, bertenang, dan jika anda berada di lembah klang, anda boleh menghubungi En. Arif MSA di talian 017-2061615 untuk bantuan. Beliau akan bantu sedaya upayanya atau kurang-kurang, menjernihkan rekod anda dengan pihak bank bagi mengelakkan hartanah anda dari di lelong.

Sekian sahaja, Semoga berjaya pelabur semua !!!
- drumah.com
Share

Thursday, June 21, 2012

Tips utk Pembeli :

Share


Berapa banyakkah deposit yg anda perlu sediakan?

- Deposit ini adalah tanda anda serius berminat membeli rumah tersebut.


- Selalunya deposit, pembeli kene sediakan 10% dari nilai harga rumah yg dipersetujui.


- Ini kerana pihak bank hanya menyediakan pinjaman/pembiayaan sebanyak 90% sahaja dan bagi rumah ketiga hanya 70% sahaja.


- Bagi memudahkan proses dan bagi kebiasaannya, saya selalu advise sediakan 15% deposit. Ini kerana 5% lebihan adalah untuk fees lawyer dan sebagainya.


- Cara-cara membayar deposit adalah dengan membayar booking samaada 2-3 % dan balance deposit sebanyak 7-8% selepas loan approve. Pastikan sebelum membayar booking status loan anda sudah disemak terlebih dahulu.


- Proses menunggu utk mendapatkan loan approval adalah dalam masa 14 hari waktu bekerja atau bergantung kepada banker. So anda dinasihatkan sentiasa follow up banker anda utk mendapatkan kelulusan secepat mungkin.


- Banyak kelebihannya apabila anda telah bersedia menyediakan deposit dan menyemak status loan anda, ejen hartanah atau owner bole memberikan harga yg terbaik dan proses menjadi lebih mudah dan anda berpuas hati dengan harga yg dipersetujui.

- Sekiranya anda inginkan bantuan dalam pelbagai aspek dalam pengurusan hartanah, anda bole la menghubungi sy di talian 017-2061615 = Arif MSA.


Share

Tips utk Penjual rumah / hartanah

Share
 
Berapa nilai semasa rumah anda?

1 - Minta bantuan daripada Agent utk menilai rumah anda seperti saya. Mereka mempunyai hubungan yg cukup baik dgn banker ataupun valuer/jurunilai. Anda hanya perlu berikan detail rumah anda cthnya : Alamat penuh, keluasan, bilik, level, renovation & kosnya sekali, status rumah Freehold / Leasehold dan sebagainya.


2 - Anda bole juga mengetahui melalui jiran sekeliling anda yg telah membeli atau menjual ataupun membuat pinjaman semula ( Refinance ) rumah mereka sebelum ini. 


3 - Selain itu melalui iklan-iklan di internet seperti mudah.my, Iproperty, Homeguru, Thinkproperty dan sebagainya adalah salah satu cara anda boleh membuat perbandingan nilai semasa rumah anda. 


4 - Pastikan harga yg anda cadangkan itu adalah harga buka ( Asking Price ) bukannya harga mati ( Last Price ) ini memberi ruang dalam proses tawar-menawar ( Negotiating ).


5 - JANGAN meletakkan harga terlampau tinggi atau mahal dari nilai semasa, ini mengelakkan daripada tiada sebarang panggilan yg diterima dan anda terpaksa menunggu lama dalam mendapatkan pembeli yg serius.

Moga perkongsian ini membantu anda dalam mendapatkan harga yg sesuai dalam menjual rumah/ hartanah anda. Akan tetapi harus diingat perjalanan menjual rumah bukan sampai disini sahaja malah banyak lagi cabaran yg anda terpaksa tempuhi dalam menguruskan rumah/ hartanah anda. Sekiranya anda inginkan bantuan dalam pelbagai aspek dalam pengurusan hartanah, anda bole la menghubungi sy di talian 017-2061615 = Arif MSA.
Share

Tips utk pembeli rumah :-

Share

Semak Kelayakan Pinjaman Anda

- Sediakan dokumen yang selalunya bank mahukan cthnya :
Copy I/C, Payslip 3 Bln, Bank Statement 3 Bln, EPF Statement / EA Form, CCRIS Statement dan Pengesahan Kerja. 


- Bekerja Sendiri : Business Registration Form/ Form 24, 49, B & D, Current Account Statement utk 6 bln terkini, BE Form dan Tax Receipt.


- Sekiranya anda bekerja kurang dari 2/3 thn sediakan Payslip & Bank Statement 6 Bln terkini.
- CCRIS Statement anda bole dapatkan di Bank Negara Malaysia iaitu berdekatan Dataran Merdeka dan HQ Bank Rakyat.


- Kemudian submit semua dokumen kepada bank yang biasa anda berurusan untuk bank semak berapa banyak pinjaman yang anda layak.


- Bagi pemohon yang blacklisted anda perlu berbincang dengan pihak bank bagi menyelesaikan masalah tersebut.


- Setelah menyemak status kelayakan pinjaman anda boleh terus survey rumah dan jika berkenan terus membayar deposit booking.


- Ini memudahkan semua pihak terutama diri anda sendiri dalam mencari rumah idaman yang anda nanti-nantikan.


- Diharap panduan ini sedikit sebanyak membantu anda dan menyelesaikan masalah yang sering bermain di dalam fikiran anda dalam mendapatkan pinjaman untuk rumah idaman.
Share

Tuesday, October 12, 2010

`Keistimewaan’ Diisytiharkan Menjadi Bankrap

Share
Sekiranya anda bankrap, ingat balik artikel ini…..

BANKRAP, muflis; dua perkataan taboo yang sama maknanya dan digeruni oleh sesiapa sahaja di negara ini. Diiringi pula oleh mitos bahawa semua harta akan dirampas, hilang hak untuk bekerja di syarikat korporat atau kerajaan, terpaksa membanting tulang seumur hidup untuk membayar hutang – sesiapa sahaja pasti sekurang-kurangnya hampir pitam sekiranya menerima notis kebankrapan daripada pihak bank atau pemiutang.

Persepsi yang salah mengenai proses kebankrapan dan agensi yang bertanggungjawab melaksanakan perintah kebankrapan itu, Jabatan Pemegang Harta (JPH) yang terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri, menyukarkan bukan sahaja JPH malah si bankrap itu sendiri.

JPH merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mentadbir dan menguruskan harta si bankrap.
Tugas JPH yang diketuai oleh seorang Pegawai Pemegang Harta (PPH), sekarang ini dijawat oleh Mokhtarudin Baki, bermula sebaik sahaja Perintah Penerimaan dan Perintah Penghakiman (PP&PP) di keluarkan oleh mahkamah. Dalam bahasa orang kebanyakan, PP&PP itu ialah perintah bankrap.
Dari sudut perundangan, Mahkamah Tinggi akan mengeluarkan PP&PP terhadap seorang si berhutang sama ada melalui petisyen pemiutang atau atas permohonan si berhutang itu sendiri.
Ia dibuat berpandukan peruntukan-peruntukan yang termaktub dalam Akta Kebankrapan 1967 dan Kaedah Kebankrapan 1969. Dengan PP&PP, segala hal ehwal aset, tanggungan si berhutang yang sekarang dipanggil si bankrap ditadbir dan diletak hak kepada PPH untuk dikendalikan dan dihasilkan untuk diagih-agihkan kepada pemiutang yang berhak.

Pembayaran hasil pentadbiran (yang dipanggil sebagai pembayaran dividen) dibahagi-bahagikan mengikut peratusan kepada para pemiutang (sekiranya terdapat lebih daripada satu) tanpa mengira siapa yang membuat petisyen bankrapsi.

Menurut Mokhtarudin, perkara yang paling membawa masalah kepadanya untuk menjalankan tugas ialah persepsi bahawa PPH merupakan orang kerajaan yang bertindak untuk mendapatkan hutang bagi pihak pemiutang. Dengan sebab itu, si berhutang biasanya akan melarikan diri sebaik mengetahui bahawa perintah bankrap dikeluarkan terhadapnya.

Gangguan
Bak kata Mokhtarudin: “Kebanyakan orang Malaysia akan lari kalau dapat perintah bankrap ini, mereka mulalah memindah milik tanah, rumah, kereta kepada kaum keluarga lain – takut dirampas.
“Mereka ingat JPH dan saya ini pemungut hutang untuk bank.”

Tidak ramai yang menyedari bahawa tugas utama PPH ialah melindungi si bankrap daripada gangguan pemiutang. Apa yang berlaku ialah PPH diberi kuasa mencegah pemiutang daripada terus menerus menekan atau mencari atau mengancam si berhutang sepanjang proses kebankrapan itu dilaksanakan.
Pemiutang, tanpa mengira kedudukannya, tidak boleh menyentuh si berhutang selagi beliau dan aset-asetnya berada di bawah PPH. Di situlah terletaknya `keistimewaan’ menjadi bankrap.
Sedikit sebanyak, si bankrap sekarang boleh dikatakan sebagai seorang yang untouchable – tidak boleh disentuh oleh sesiapa. PPH mengakui setiap orang tentunya mahu mengelakkan pengisytiharan bankrap kerana tidak ada orang waras yang mahu menjadi seorang muflis, namun ada ketikanya, selepas segala usaha telah dibuat, ia tidak dapat dielakkan lagi dan terpaksa dilaksanakan.
Sehubungan itu, si bankrap seharusnya memandang positif peruntukan dan perlindungan yang diberikan oleh PPH kepadanya. PPH memerlukan kerjasama si bankrap supaya segala proses bagi melangsaikan hutang si bankrap dapat dimulakan secepat mungkin.

Selepas lima tahun ditadbirkan, si bankrap akan diberi pelepasan atau dilucutkan daripada status bankrapnya itu atas budi bicara PPH. Ia bersama syarat bahawa PPH berpuas hati dengan kelakuan dan kerjasama si bankrap sepanjang lima tahun berada di bawah penyeliaan.

Di sini terletak keindahan menjadi seorang bankrap. Menurut Mokhtarudin, seorang bankrap yang sudah dibebaskan juga bebas sebenar-benarnya daripada semua hutang yang ditanggung sebelumnya, “seperti seorang yang memulakan kehidupan baru tanpa ada hutang sesen pun.”

Sebagai contoh, seorang si berhutang dijadikan bankrap pada tahun 1990 oleh dua buah bank yang menjadi pemiutang kerana tidak mampu membayar pinjaman berjumlah RM5 juta kepada kedua-dua bank.

Si bankrap memberi kerjasama baik kepada PPH dan menyediakan semua maklumat dengan tepat mengenai aset-aset miliknya. PPH dengan itu dapat membuat pentadbiran harta-harta si bankrap dalam tempoh masa yang cepat dan berhasil menjual kesemuanya – sebuah rumah, sebuah kereta dan tiga bidang tanah kebun yang agak kecil – dalam tempoh tiga tahun. Hasil yang diperoleh ialah kira-kira RM300,000 dan ia dibahagi-bahagikan antara kedua-dua bank.

Pelepasan
Pada tahun 1995, PPH yang berpuas hati dengan kelakuan si bankrap yang turut memenuhi semua kriteria yang telah ditetapkan, memberikan pelepasan kepada si bankrap di bawah Seksyen 33A Akta Kebankrapan.
Hasilnya, si bankrap sekarang menjalani kehidupan baru dengan tidak dibebani sebarang hutang. Kedua-dua bank tidak berpuas hati dan membantah tetapi PPH menolak bantahan tersebut kerana undang-undang memperuntukkan kepada si bankrap untuk menjalani kehidupan normal yang bebas hutang selepas beliau menjalani `hukuman’nya.

`Mana ada undang-undang lain yang memberikan pelepasan kepada orang berhutang yang membayar sebahagian kecil sahaja daripada hutangnya? Inilah the beauty of bankruptcy,” kata Mokhtarudin.
Bagaimanapun, beliau menambah, kesedaran perundangan di negara ini adalah terlalu rendah sehingga tidak ramai yang menyedari keistimewaan bankrapsi. Di negara ini, hanya satu kes dalam setiap 1,000 kes bankrapsi yang melibatkan petisyen yang dipohon oleh si berhutang.

`Di Amerika Syarikat, orang berebut-rebut hendak memohon status bankrap sekiranya betul-betul tidak mampu membayar hutang. Orang kita pula lari,” kata beliau.
Sebahagian besar daripada mitos yang dikaitkan bersama perintah bankrap itu tidak benar. PPH tidaklah kejam sehingga segala bentuk wang seperti deposit bil air, elektrik dan telefon dirampas.
PPH hanya akan mengambil dan mentadbir apa-apa harta yang cukup untuk membayar hutang yang membuatkan si berhutang itu bankrap sahaja. Jika beliau memiliki hutang sebanyak RM100,000, harta yang diambil adalah setakat RM100,000 sahaja.

Jika si bankrap mempunyai hanya satu rumah, PPH akan menimbangkan supaya rumah itu tidak ditadbir kerana tidak mahu mendatangkan kemudaratan kepada keluarga si bankrap.
PPH juga tidak merampas semua deposit sebaliknya akan menasihatkan misalnya TNB, Telekom atau Jabatan Bekalan Air supaya memindahkan nama kepada isteri atau suami si bankrap kerana adalah menjadi tanggungjawab PPH memastikan si bankrap tidak dibebani sebarang liabiliti tambahan.
`JPH bukanlah pemungut hutang bagi pemiutang, lagi pula jika pun mereka diisytiharkan bankrap, nasihat kami ialah; dunia masih belum kiamat.

`Kami akan membantu mereka untuk melihat semula cahaya di hujung terowong,” kata Mokhtarudin.
dipetik daripada artikel :

`Keistimewaan’ Diisytiharkan Menjadi Bankrap
Oleh Asuki Abas (Wartawan Utusan)
Sumber : Utusan Malaysia Online
Share

Wednesday, September 22, 2010

Bagaimana mengeluarkan caruman KWSP

Share
KWSP Withdrawal
 KWSP Withdrawal

Jika anda sedang merancang untuk membeli rumah, pasti anda sedang mencongak-congak baki Kumpulan Wang Simpanan pekerja (KWSP). Untuk makluman anda, setiap caruman yang dibuat oleh anda dan majikan 30% dari jumlah itu akan di bahagikan pada Akaun II.

Anda boleh mengeluarkan simpanan Akaun II sahaja untuk membiayai pembelian sebuah rumah secara individu atau secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (ibu, bapa, suami,isteri, adik-beradik atau pun anak-anak).

Tidak kiralah anda ingin membeli rumah terus dari pemaju atau dari individu anda boleh menggunakan jumlah baki akaun II anda untuk dijadikan “downpayment”. Bukan itu saja, anda juga boleh mengeluarkan wang KWSP ini untuk pembelian rumah lelong.

Jadi apakah syarat-syaratnya? Jika anda sedang merancang untuk membeli sebuah rumah kediaman jenis bungalow, teres, berkembar, apartment, kondominium, studio apartment, servis apartment, townhouse atau soho anda layak untuk memohon pengelauran wang KWSP.

KWSP-Process
KWSP-Process

Untuk pengeluaran wang KWSP, anda harus memastikan dahulu baki akaun 2 anda. Matlamat sebenar untuk mengeluarkan wang KWSP adalah untuk membayar baki belian rumah. Sebagai contoh jika pinjaman rumah anda hanya 90% dari harga rumah, baki Akaun II anda mesti mencukupi atau lebih. Jika tidak anda kenalah tambah sendiri. Selain itu KWSP juga boleh dikeluarkan untuk membayar bill guaman dan pengurusan pemindahan hak milik.

Mengikut perbincangan saya dengan pegawai KWSP baru-baru ini, selain dari pengeluaran pertama anda juga boleh membuat pengeluaran kedua untuk menyelesaikan baki pinjaman. Para pencarum boleh memohon untuk mengeluarkan wang KWSP untuk membayar baki pinjaman sekali pada setiap tiga tahun.

Selain itu berita baik pada pencarum KWSP. Bermula pada 1 januari 2008, setiap ahli KWSP yang memiliki pinjaman perumahan boleh mengeluarkan wang didalam Akaun II untuk tujuan bayaran bulanan baki pinjaman perumahan. Had pengeluaran minima bulanan yang dibenarkan ialah RM100.
Menarikkan? sila hubungi cawangan KWSP yang berdekatan untuk maklumat lanjut.

Siapakah yang tidak layak untuk mengeluarkan wang KWSP? mereka adalah;
- Membeli tanah atau lot tapak bungalow.
- Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja “renovasi” kepada rumah yang sedia ada.
- Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli.
- Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf.
- Membeli rumah ketiga.
- Membeli rumah di luar negara.
Di harapkan maklumat ini dapat membantu anda, semoga berjaya pelabur semua.

- Drumah.com
Share

Wednesday, September 1, 2010

Financial Institution

Share
Local Bank
Telephone
ABN AMRO Bank
603-2169 4672
603-2055 9898
1 800 38 3123
603-2612 6888
603-2612 6888
603-2615 1446
603-2697 7077
603-2162 3222
603-2693 1722
603-2380 1111
603-2771 8860
603-7980 7843
603-2050 7878
603-2074 7776
603-2148 1881
1 300 88 5000
603-2176 7021
603-9206 8118
603-2071 7118
603-7720 4033
603-2772 6658
Share

Monday, June 21, 2010

Tiga Teknik Kretif Menjual Rumah

Share


Tiga teknik kretif ini sama lah seperti “check list” yang boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja untuk menjual rumah. Ada banyak cara dan tip hartanah dari guru hartanah, tetapi bagi saya hanya tiga perkara yang maha penting perlu diambil kira sebelum anda menjual sebarang hartanah pada hari ini.

1. Fahami nilai sebenar rumah;

Saya boleh katakan harga rumah anda tidak semestinya tinggi kerana anda menyukai rumah itu. Saya juga tidak kata yang rumah ini akan meningkat nilainya apabila anda membelanjakan RM25,000 untuk plaster syiling dan lampu dinding yang eksklusif. Yang paling saya malas apabila saya sendiri terpaksa memberi tahu kepada tuan rumah yang rumah dia ini hanya ada RM10,000 sebagai harga tambahan dari kos pembesaran ruang dapur yang bernilai RM45,000. Bukan malas apa.. rasa dukacita dengan nilai sebegitu, tetapi itu lah realitinya.

Sebagai tuan tanah anda akan berhadapan dengan kos-kos tersembunyi didalam proses jual-beli rumah. Yang paling perlu kita hindari adalah anggapan buruk pembeli pada hartanah anda yang sudah setahun tidak boleh dijual tu. Malangnya ada-pun orang yang minat membeli, anda terpaksa mengurangkan harga rumah itu. Sebab itu anda perlukan rancangan yang baik untuk menjual hartanah dan jual rumah itu dengan segera – tanpa susut nilai.

2. Fahami pasaran anda

Bagaimana dan siapakah yang akan menjadi pembeli anda. Bincang dengan agen hartanah pilihan anda dan cepat-cepat rancang bagaimana anda boleh pergi kearah pembeli tersebut.

Adakah lokasi dan keadaan sekeliling rumah anda sunyi dan tidak sibuk? Mungkin anda boleh mengikut cadangan saya ini – iklankan kepada orang ramai fakta rumah anda secara tepat. Contohnya… “Rumah tiada tangga!” Slogan ini sebagai satu “hot button” kepada pembeli yang bercadang untuk menghabiskan masa bersara mereka disini. Dengan “header” diatas, pasti menarik bakal-bakal pembeli yang akan pencen awal atau mahu mengahabiskan masa tua di kediaman anda.

3. Pemuliharaan rumah

Tentulah anda harus megambil inisatif sendiri untuk projek pemuliharaan dan penjagaan rumah, manakala agen hartanah anda fokus kepada pelan pemasaran anda. Lawati rumah anda setiap hari atau sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk membersihkan lantai, rumput panjang. Lebih-lebih lagi apabila rumah anda telah kosong adalah serangga-serangga yang menjadi penumpang. Jadi bersihkan rumah anda sekerap yang mungkin.

Jangan lupa untuk membaik pulih barang-barang yang lusuh atau gantikan pintu bilik air, sink atau cat untuk menampakkan rumah anda dijaga dengan baik.

Jika anda punyai masa untuk memotivasikan diri lagi. Anda boleh perolehi tip-tip hartanah disini, selak saja beberapa muka surat anda pasti akan memperolehi tip yang lain. Mungkin yang lain boleh berikan anda satu idea baik tetapi apa-kata mulai hari ini anda mulakan dengan sesuatu yang sangat-sangat penting dari sini.
Share

Cari apartment yang terbaik

Share


Dalam proses pencarian rumah apartment ia menjadi satu tugas yang mencabar. Individu yang mencari hartanah apartment kebiasaanya mempunyai sasaran jika mereka berminat dan matlamat yang diletakkan untuk hartanah terbabit. Dibawah adalah beberapa tip yang dapat membantu untuk pemilihan hartanah.

1. Pastikan anda tahu apa yang anda cari. Seseorang yang tidak pasti dan ragu-ragu selalunya akan terjerat dengan mudah pada pemilihan yang salah dan merugikan. Sebagai contoh; jika anda perlukan 3 bilik air, jangan pula memilih kurang darinya dan pastikan anda teguh pada matlamat anda.

2. Gunakan segala sumber untuk pencarian hartanah.
Kebiasaan hartanah apartment akan dipamerkan didalam akhbar, majalah, iklan-iklan kecil, internet mahu pun papan tanda sewa diberenda rumah. Teroka segala maklumat dan dapatkan beberapa unit sebagai perbandingan. Tidak bermakna jika anda berjumpa dengan hartanah yang murah sedikit anda menolak hartanah yang lain. Sebaik-baiknya luangkan masa untuk datang dan lihat sendiri hartanah itu. Kerana walau pun bezanya beberapa ribu, tetapi ia tetap memiliki “pro” dan “con” pada pemilihan anda nanti.

Dari padangan saya, harga adalah sesuatu yang subjektif, mungkin harga rumah ini murah sedikit, tetapi “view” dan kondisinya tidak berapa cantik. Berbeza dengan apartment yang lain yang disana anda mempunyai pandangan yang cantik malah kondisinya tidak terjejas.

3. Sebagai tambahan, jika anda melawati apartment itu, jangan takut-takut untuk membuat “inspection”. Cari lubang tikus, anai-anai, ruang kotor, lantai yang kotor, kesan minyak dan lain-lain lagi. Dapatkan seberapa bayak maklumat mengenai penyewa terdahulu dan senaraikan beberapa perkara penting yang perlu diperbaiki oleh pemilik.

4. Baca kontrak anda! Sebelum anda menandatangani sebarang dokumen pastikan anda memahami segala terma dan perkhidmatan. Apabila membeli aparment anda tidak perlu berbelanja lebih dari pada harga yang ditawarkan kepada anda berdasarkan kondisi apartment.

Pencarian hartanah apartment kadang-kadang meletihkan, anda terpaksa terkejar kesana kemari untuk mendapatkan hartanah yang sesuai. Mengetahui apa yang anda cari dan memilihnya dengan bijak akan membuatkan pencarian aparment anda adalah sesuatu yang menyeronokkan.
Share

Thursday, June 17, 2010

Belanja atau Yuran yang dikenakan untuk membeli hartanah

Share


Belanja yang perlu di ambil kira semasa membeli hartanah

1. Bayaran Muka (Downpayment)
2. Yuran untuk penilaian (Valuation)
3. Duti Stamp
4. Yuran Guaman untuk Perjanjian Jual Beli
5. Yuran Guaman untuk Perjanjian Pinjaman
6. Yuran Proses untuk permohonan pinjaman
7. Takaful atau Insurance
Share

TIPS : PROSES RINGKAS JUAL BELI HARTANAH

Share


1. Membayar tempahan, biasanya 2-3% daripada harga rumah. Peguam akan menyediakan dokumen perjanjian jual beli. Resit dan surat tawaran untuk membeli rumah akan diberikan.

2. Dalam tempoh 14 hari, pihak peguam akan memanggil penjual dan pembeli akan dipanggil bagi menandatangani surat perjanjian jual beli (SnP Agreement / SPA), sekiranya gagal disebabkan pembeli (sama ada pinjaman tidak lulus / menarik diri), wang tempahan dikira hangus. Jika disebabkan penjual, pembeli boleh memaksa penjual untuk meneruskan proses jual beli atau mendapatkan semula wang tempahan (sila rujuk surat tawaran).

3. Pembeli perlu membayar baki deposit semasa perjanjian jual beli ditandatangani kepada penjual. Total jumlah deposit adalah 10%

4. Bagi kes yang membabitkan urusan dengan pejabat tanah atau kerajaan negeri, contohnya yang memerlukan kelulusan atau perlepasan / kebenaran pindahmilik seperti PAJAKAN / REZAB MELAYU etc akan diuruskan oleh peguam. Selepas kelulusan diperoleh, barulah urusan menyelesaikan pembayaran diambil kira. Jika hartanah tidak memerlukan kelulusan atau perlepasan, tempoh pembayaran dikira dari tarikh perjanjian jual beli ditandatangani.

5. Pembeli mesti menyelesaikan baki harga rumah (biasanya 90%) dlm tempoh 90 hari (3 bulan). Sekiranya gagal, pembeli diberi masa tambahan 30 hari (1 bulan) dengan faedah dikenakan keatas pembeli yang dikira secara harian. Jika gagal disebabkan bank tidak meluluskan pinjaman maka deposit berjumlah 10% dikira hangus.

6. Selepas bayaran penuh dibuat, pembeli boleh mengambil alih hartanah.

Ini sekadar panduan. Boleh berubah mengikut kes. Harap dapat membantu.

sumber:- Berita Harian, khamis 1 okt 2009
Share

Monday, June 14, 2010

Kenapa perlu guna Ejen !!!

Share
Kebaikan mempunyai ejen hartanah



Proses membeli dan menjual hartanah boleh menjadi satu proses yang sangat sukar dan meletihkan. Ramai orang mengganggap dengan maklumat yang mudah didapati di internet mereka boleh melakukannya sendiri tanpa khidmat seorang ejen hartanah. Hakikatnya, pasaran hartanah sebenar adalah rumit jika seseorang itu tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman. Kebaikan mendapatkan ejen hartanah akan menjadikan proses jual-beli lebih mudah dan mengurangkan tekanan.

Garis Panduan Di bawah Menyenaraikan kebaikan menggunakan ejen hartanah.


1. Pengetahuan dan Kemahiran –
Membeli rumah adalah lebih dari sekadar menawarkan harga. Seorang ejen berpengetahuan tentang komuniti, kejiranan, sekolah, sistem jalan, hospital, membeli-belah, lokasi pasaraya dsb. Mereka boleh membantu mendapatkan rumah yang anda mampu dan memberi nasihat berkenaan pinjaman. Mereka berpengetahuan mengenai apa yang diperlukan apabila membeli rumah seperti dokumen yang diperlukan dan langkah-langkah yang terbabit dalam sesuatu pembelian. Seorang ejen hartanah akan membawa anda melalui proses tersebut dan meminimakan tekanan anda.

2. Penjimat Masa.
Jika anda mahu menjual rumah, seorang ejen boleh mengambil alih tugas-tugas seperti menguruskan jadual lawatan pembeli berpotensi termasuk membantu menunjukkan rumah kepada mereka. Jika anda mahu membeli rumah, ejen boleh menguruskan sesi lawatan dengan mendapatkan hartanah yang sesuai dengan kriteria anda daripada membuang masa melihat rumah yang tidak menepati kriteria.

3. Pembantu Harga Jual Beli :
Ejen akan mengetahui samada rumah yang mahu dibeli itu berbaloi dengan harganya. Mereka akan melihat kepada aspek permintaan dan tawaran, keadaan pasaran terkini, lokasi, jenis rumah seperti adakah bilangan bilik sesuai dengan harga tawaran. Mereka juga boleh membuat rundingan harga yang boleh menjimatkan ribuan ringgit. Ejen mempunyai akses kepada maklumat seperti nilai rumah di kawasan itu, purata harga jualan dan berapa hari rumah sudah berada di pasaran untuk dijual.

4. Hubungan Penting : Ejen boleh mengesyorkan pihak yang pakar seperti pemeriksa rumah, syarikat kewangan, peguam yang baik dan sebagainya. Mereka mempunyai hubungan rangkaian yang baik dan boleh memberi pelbagai pilihan yang boleh dipilih dengan bijak.

5. Pengurusan Dokumen: Jumlah kerja yang ada dalam urusan jual-beli kelihatan sangat rumit kepada mereka yang baru dalam perniagaan ini. Dokumen pembelian biasanya menjangkau lebih 10 mukasurat. Ini belum lagi dokumen lain seperti borang-borang dari badan kerajaan dan lain-lain. Seorang ejen hartanah mempunyai pengetahuan berkenaan dokumen yang diperlukan dan boleh menyediakan semuanya dengan teliti dan betul.

6. Sokongan :
Kerana kerumitan proses jual-beli hartanah, anda tidak tahu apa yang mahu ditanya. Seorang ejen akan mempunyai jawapan untuk anda dari awal sehingga akhir.

Seorang ejen hartanah memainkan peranan yang sangat penting dalam jual-beli rumah. Dengan mendapatkan seorang ejen hartanah, anda boleh menjimatkan masa, duit dan mengurangkan banyak tekanan. Kepada mereka yang mahu melibatkan diri dalam perniagaan jual-beli hartanah, ejen yang berkualiti adalah satu kewajipan.
Share

Wednesday, June 9, 2010

Perunding Hartanah: Faedah-faedahnya

Share
Menetapkan Sasaran


Sebagai perunding hartanah, anda tidak perlu melapor diri kepada orang lain. Dengan kata lain, anda ialah ketua anda sendiri. Anda memutuskan berapa banyak wang yang hendak anda perolehi setiap bulan dan berusaha untuk mencapainya. Lebih kerja, lebihlah ganjarannya; tersilap langkah maka anda tidak mendapat apa-apa. Tiada tekanan daripada sesiapa kerana anda tidak dibayar gaji tetap oleh pihak agensi, sebaliknya anda dibayar komisen ke atas setiap jualan.


Jadual yang Fleksibel

Satu lagi kebaikan perkhidmatan ini ialah anda tidak terkurung di pejabat setiap hari. Sebaik-baiknya anda harus selalu ke pejabat kerana anda perlu berinteraksi dengan perunding yang lain untuk mengambil tahu apa yang sedang berlaku di pasaran dan untuk belajar teknik-teknik tertentu (terutamanya jika anda orang baru dan banyak yang anda tidak tahu!).


Walau bagaimanapun, tidak ada masa yang tetap untuk anda berada di pejabat kecuali jika diperlukan oleh pihak agensi. Anda bebas membuat jadual anda ke pejabat mengikut keselesaan anda, contohnya apabila anak-anak berada di sekolah, atau apabila tugas di rumah sudah selesai.


Batu Loncatan Kepada Perkara yang Lebih Besar

Jika anda dapati bahawa urusan sewabeli hartanah adalah sesuatu yang ingin anda lakukan, anda boleh belajar untuk mengambil peperiksaan hartanah dan berusaha untuk menjadi ejen yang berdaftar. Ini bermakna anda tidak perlu lagi bekerja di bawah ejen yang lain tetapi anda boleh menubuhkan firma anda sendiri dan mengambil perunding untuk bekerja dengan anda.


Tetapi anda harus ingat bahawa ejen hartanah berdaftar hendaklah mempunyai pejabat dan beroperasi dari situ.


Kualiti Untuk Menjadi Perunding yang Efisen

· Kemahiran Berkomunikasi

Anda mestilah boleh berkomunikasi dengan baik. Jika Bahasa Inggeris anda tidak begitu baik, anda boleh memilih untuk memfokus kepada pelanggan yang berbahasa Cina, Tamil atau Melayu. Ingatlah, bukannya mereka yang fasih berbahasa Inggeris sahaja yang memerlukan hartanah.


· Tahu Bagaimana Menawan Pelanggan

Anda mestilah suka bertemu orang ramai. Di dalam industri ini, anda akan bertemu dengan orang berpangkat tinggi dan rendah, sekurang-kurangnya pada peringkat permulaan, di mana anda haruslah sanggup mengambil sesiapa sahaja sebagai pelanggan.


· Berkeyakinan

Anda mestilah mampu berkomunikasi dengan orang asing melalui telefon atau membawa mereka melawat hartanah tersebut. Pekerjaan ini bukanlah untuk orang yang pemalu.


· Anda Harus Sentiasa Bergerak


Sesungguhnya lebih mudah jika anda mempunyai kereta kerana anda terpaksa pergi ke sana-sini membawa pelanggan melawat hartanah, mengambil kunci rumah dan sebagainya.


· Berperwatakan Menarik

Berpakaianlah seperti anda hendak ke pejabat kerana ia boleh menarik kepercayaan pelanggan. Pakai alat solek ringkas, kasut yang sesuai dan pakaian yang sopan apabila anda berjumpa dengan pelanggan atau pergi ke pejabat.


· Berdisiplin dan Terurus


Seperti bidang perniagaan yang lain juga, anda harus berdisiplin. Anda perlu meluangkan masa untuk berjumpa pelanggan, membuat panggilan, pergi ke pejabat, menyelesaikan kertas kerja dan sebagainya.


· Mengambil Berat Tentang Orang Lain


Setelah selesai urusan jual-beli, teruskan perhubungan yang baik dengan pelanggan anda. Cuba kenali mereka dengan lebih dekat dan anda mungkin dirujuk kepada orang lain, di mana secara tidak langsung membantu perniagaan anda.


· Terus Berusaha

Ada kalanya senarai di tangan anda semakin berkurangan. Pada masa inilah anda harus tegar untuk menghampiri para penjual dan tuan tanah dan menawarkan perkhidmatan anda.


Bagaimana Hendak Bermula

Pertama sekali, anda harus mengenalpasti agensi yang sesuai untuk anda masuki. Berikut adalah beberapa petunjuk:


· Carilah agensi yang berdekatan dengan rumah untuk kemudahan anda.

· Dapatkan maklumat samada agensi itu menawarkan latihan atau tidak. Latihan di luar sangat penting jika anda mahu berjaya. Jika agensi tidak menawarkan latihan, rujuk kepada Institut Agen Hartanah Malaysia jika mereka menawarkan kursus latihan bagi perunding dan mendaftarlah.

· Lihat apakah insentif lain yang diberikan selain daripada komisen, contohnya KWSP, elaun pengiklanan, bonus, dan sebagainya.

· Pastikan agensi itu dapat mengeluarkan surat perlantikan sebagai bukti perjawatan supaya anda berkuasa untuk bertindak bagi pihak mereka dan untuk mengutip komisen.

· Pastikan bahawa agensi menawarkan khidmat pentadbiran sokongan, pejabat yang kemas dan mempunyai imej yang sesuai di samping beretika (contohnya ia tidak mengutip yuran tambahan selain daripada yang ditetapkan di dalam Akta).


Sentiasa Berhati-hati

· Sebaik sahaja anda mendaftar dengan agensi, pastikan bahawa bagi setiap pelanggan yang anda wakili, anda mempunyai surat kuasa untuk berurusniaga bagi pihaknya. Contohnya, jika Encik X meminta anda menjual atau menyewakan rumahnya dan berkata bahawa dia akan membayar agensi anda 2.75 peratus sebagai yuran profesional, pastikan anda mempunyai dokumen yang menyatakan sedemikian (versi yang sama boleh diperolehi daripada syarikat anda). Ini ialah untuk memastikan pelanggan tersebut tidak menarik balik perjanjian setelah anda dapat mencari pembeli untuknya. Jika dia cuba berbuat demikian, anda boleh menggunakan dokumen tersebut di dalam mahkamah untuk menuntut bayaran anda.

· Begitu juga, bagi setiap calon pembeli atau penyewa, dapatkan bukti bahawa anda telah membawa mereka melawat hartanah rsebut, takut-takut penjual atau tuan rumah kemudian berkata anda tidak pernah terlibat dan cuba melepasi anda di dalam transaksi itu.

· Setelah anda memasuki perniagaan ini, ambillah langkah berwaspada apabila berjumpa dengan pelanggan. Jangan sekali-kali membawa orang yang tidak dikenali ke kawasan perumahan baru atau membawa mereka ke rumah yang kosong pada waktu malam seorang diri. Sentiasa pastikan bahawa anda membawa teman bersama pada situasi itu. Jangan sesekali menumpang kenderaan calon pelanggan seorang diri – pandulah kenderaan anda sendiri ke sana.

· Apabila anda mengiklankan perkhidmatan anda di akhbar dan majalah, jangan letak nama penuh anda, terutamanya jika anda seorang wanita. Sebaliknya, gunakan nama panggilan untuk melindungi identiti anda.

· Elakkan dari mengambil wang tunai daripada pelanggan anda. Sebaliknya, mintalah mereka memberikan cek. Jika mereka tetap mahu membayar dengan wang tunai, mintalah mereka membayarnya terus ke pejabat agensi anda. Ini untuk mengelakkan liabiliti bagi diri anda jika sesuatu yang buruk (seperti rompakan) berlaku.

· Akhir sekali, simpan nombor orang yang anda hubungi dengan teratur, termasuklah mereka yang telah menolak untuk membeli atau menyewa daripada anda. Siapa tahu, mereka mungkin bersetuju pada masa akan datang.
Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails