Showing posts with label Pinjaman Bank. Show all posts
Showing posts with label Pinjaman Bank. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

Skim Rumah Pertamaku

Share
 
Dipetik daripada www.srp.com.my :

Soalan Lazim

A. Skim Rumah Pertamaku

1.Apakah Skim Rumah Pertamaku (Skim)?

Skim ini adalah satu dari langkah yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2011 untuk membantu golongan muda yang berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah sendiri. Skim ini membolehkan para pembeli rumah untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% daripada institusi-institusi kewangan bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah.

Cagamas SRP Berhad akan memberi jaminan kepada bank-bank yang terlibat atas pembiayaan yang lebih dari 90%.  Jika sekiranya seorang peminjam/pelanggan mendapat pembiayaan 100%, Cagamas SRP akan menjamin sebanyak 10% (dari 90% hingga 100%) daripada pembiayaan berkenaan.

2.Dengan jaminan Cagamas SRP Berhad, adakah ini bermakna yang peminjam/pelanggan dibawah skim ini hanya menanggung pembiayaan sebanyak 90% sahaja?

Tidak. Peminjam/pelanggan terpaksa menanggung sepenuhnya jumlah pembiayaan daripada bank yang terlibat (sehingga 100%). Jaminan tersebut hanya melindungi bank yang terlibat daripada sebarang kerugian yang dialami akibat dari pembiayaan yang melebihi aras 90%.

3.Adakah saya perlu membayar kadar faedah/keuntungan yang lebih tinggi atau sebarang bayaran untuk menikmati pembiayaan sehingga 100% dibawah skim ini?

Tidak. Kadar faedah/keuntungan biasa bank-bank yang terlibat digunapakai dan para peminjam/pelanggan tidak perlu membayar untuk mendapatkan jaminan daripada Cagamas SRP Berhad.

B. Pembiayaan

1.Siapakah yang layak untuk Skim ini?

Skim ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 35 tahun ke bawah (umur tidak lebih daripada 36 tahun pada hari lahir berikutnya) dengan pendapatan bulanan tidak lebih daripada RM3,000 bagi setiap pemohon.

2.Saya bekerja sendiri dan purata pendapatan saya sebulan ialah RM2,000. Adakah saya layak untuk Skim ini?

Tidak. Skim ini hanya terhad kepada pekerja di dalam sektor swasta sahaja. Pemohon mesti telah disahkan dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan.

3.Saya berkerja sendiri dan pasangan saya yang bekerja di sebuah syarikat perdagangan dengan pendapatan sebanyak RM2,000 sebulan. Adakah kami layak untuk menjadi pemohon bersama dibawah Skim ini?

Tidak. Semua pemohon (termasuk pemohon bersama) mestilah bekerja di dalam sektor swasta dan memenuhi semua kriteria kelayakan yang lain.

4.Saya dan pasangan saya masing-masing mendapat RM1,500 sebulan dan ingin mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% untuk membeli rumah pertama kami yang berharga RM220,000. Adakah kami layak dibawah Skim ini?

Ya. Anda layak untuk mendapat pembiayaan 100% dibawah Skim ini sekiranya jumlah pembayaran balik bulanan pembiayaan berkenaan tidak lebih dari 1/3 gabungan pendapatan kasar bulanan peminjam/pelanggan dan dalam kes ini, ianya adalah RM1,000 sebulan.  Walaubagaimanapun, pembiayaan adalah bergantung kepada kemampuan.

Contoh kiraan :

* Gabungan pendapatan kasar: RM1,500 + RM1,500 = RM3,000
*1/3 daripada RM3,000 = RM1,000

Berdasarkan kadar faedah/keuntungan semasa dan tempoh maksimum pembiayaan yang dibenarkan adalah 30 tahun, jumlah pembiayaan maksimum yang layak anda ambil adalah lebih kurang RM200,000. Untuk mendapat pembiayaan sebanyak RM220,000, gabungan pendapatan bulanan anda hendaklah lebih kurang RM3,300.

5.Saya dan rakan saya memenuhi semua kriteria kelayakan yang dinyatakan. Bolehkah kami menjadi pemohon bersama untuk pembiayaan dibawah Skim ini?

Tidak. Pemohon-pemohon bersama mestilah ahli keluarga, seperti suami dan isteri atau adik beradik sahaja, dan mestilah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan.

C. Harta

1.Adakah Skim ini merangkumi harta-harta yang sudah siap dan yang dalam pembinaan?

Ya. Skim ini merangkumi kedua-dua harta yang sudah siap dan yang dalam pembinaan.  Jaminan tersebut akan berkuatkuasa apabila pembayaran penuh pembiayaan tersebut dibuat.

2.Saya dan pasangan saya ingin membeli sebuah harta yang berharga RM220,000. Adakah kami layak untuk mendapat pembiayaan sebanyak RM220,000 jika kami memenuhi kriteria pendapatan yang ditetapkan?

Secara amnya, bank-bank yang terlibat akan memberi pembiayaan berdasarkan harga belian atau penilaian (nilai pasaran terbuka) daripada panel jurunilai mereka, yang mana lebih rendah.Penilaian harta tersebut adalah tertakluk kepada polisi penajajaminan  bank yang berkenaan.

3.Pembiayaan sedia ada saya diambil semasa saya membeli rumah pertama. Adakah saya layak untuk  mendapat pembiayaan semula bagi pembiayaan tersebut dibawah Skim ini?

Tidak. Skim ini tidak merangkumi pembiayaan semula bagi pembiayaan sedia ada.

4.Adakah sebarang had ditetapkan bagi jenis harta kediaman atau lokasi dibawah Skim ini?

Jenis harta kediaman dan lokasi adalah tertakluk kepada polisi penajajaminan  bank-bank yang terlibat.

D. Soalan Lain

1.Bagaimanakah cara untuk saya memohon pembiayaan dibawah Skim ini?

Pemohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat.

2.Bolehkah saya memohon untuk pembiayaan Islam dibawah Skim ini?

Ya. Skim ini merangkumi kedua-dua pembiayaan konvensional dan Islam.

3.Apakah tempoh maksimum pembiayaan?

Tempoh maksimum pembiayaan ialah 30 tahun, tertakluk kepada polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.

4.Perlukah saya membeli insurans/takaful kebakaran dan Insurans Bertempoh Gadai janji Berkurangan (MRTA)/Takaful Bertempoh Gadai janji Berkurangan (MRTT)?

Peminjam/pelanggan mesti membeli insurans/takaful kebakaran. Walaubagaimanapun, keperluan bagi MRTA/MRTT bergantung kepada keperluan bank-bank yang terlibat.

Ciri-ciri dan Faedah Utama

Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)

* Pembiayaan sehingga 100%

* Harta kediaman sahaja

Kriteria Kelayakan

Peminjam/Pelanggan Yang Layak

* Warganegara Malaysia
* Pembeli rumah pertama
* Individu berumur sehingga 35 tahun
* Pendapatan kasar peminjam/pelanggan perseorangan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan
* Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan yang sama tidak kurang daripada 6 bulan
*Secara amnya, jumlah pembayaran balik tidak boleh melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan. Jumlah ini boleh meningkat sehingga 50% jika sekiranya terdapat faktor-faktor tambahan pengurangan kredit yang dibenarkan dibawah polisi penajajaminan bank-bank yang terlibat.

Harta Yang Layak

* Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
* Nilai minimum hartanah RM100,000
* Nilai maksimum hartanah RM220,000
* Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)
Keperluan Pembiayaan
* Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 30 tahun
*Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
* Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
* Rekod simpanan (rizab kecairan untuk 3 bulan ansuran)
* Insurans/takaful kebakaran diwajibkan

Permohonan

Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank-bank yang terlibat.
Skim Rumah Pertamaku (SRP) telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada bank-bank yang terlibat untuk membeli rumah pertama mereka. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

Bank yang terlibat ialah

Affin Bank Bhd,
Affin Islamic Bank Bhd,
Alliance Bank Malaysia Bhd,
Alliance Islamic Bank Malaysia Bhd,
AmBank Bhd,
AmIslamic Bank Bhd,
Bank Islam Malaysia Bhd,
Bank Muamalat Malaysia Bhd,
CIMB Bank Bhd,
CIMB Islamic Bank Bhd,
EON Bank Bhd,
EONCAP Islamic Bank Bhd,
Hong Leong Bank Bhd,
Hong Leong Islamic Bank Bhd.
Maybank Bhd,
Maybank Islamic Bank Bhd,
OCBC Bank Malaysia Bhd,
OCBC Al Amin Bhd,
Public Bank Bhd,
Public Islamic Bank Bhd,
RHB Bank Bhd,
RHB Islamic Bank Bhd,
United Overseas Bank Malaysia Bhd,
Standard Chartered Bank Malaysia Bhd,
Standard Chartered Saadiq Bhd dan
Cagamas Bhd (CSC Department). – Bernama

Share

Monday, June 21, 2010

Sambungan: Bagaimana memilih pinjaman bank di Malaysia Bhg.2

Share


Daripada artikel bahagian satu, kita telah belajar dan mengetahui akan dokumen dan syarat-syarat tertentu sebelum memohon pinjaman. Tempoh pinjaman pada mereka yang telah berumur bergantung pada kelayakkan dan liabiliti peminjam. Jadi bagaimana caranya saya boleh memanjangkan tempoh pinjaman jika sudah berumur?

Satu trik yang selalu digunakan untuk memanjangkan lagi tempoh pinjaman adalah dengan menggunakan nama anak sebagai penama kedua didalam pinjaman. Apabila meletakkan nama anak pihak bank akan mengambil kira tempoh purata umur peminjam. Jika kelayakkan dan liabiliti anda yang tidak terlalu tinggi berkemungkinan besar dapat memaksimakan tempoh pinjaman sehingga 30 tahun. Bagaimana jika anak saya tidak bekerja boleh ke? jika anak anda yang tidak bekerja boleh juga membantu, tetapi sekurang-kurangnya dia mesti sedang melanjutkan pelajaran didalam bidang profesional, seperti doktor, jurutera, juru terbang, atau mana-mana bidang profesional lain. Tetapi ada beberapa bank sahaja yang boleh lakukannya.

Selain itu jika anda mempunyai mana-mana dokumen tambahan, seperti slip bayaran sewa rumah, kerja part-time atau mana-mana akaun perniagaan kecil-kecilan, sertakan sekali, mungkin dapat membantu anda didalam proses permohonan pinjaman. Jika berniaga jangan lupa sertakan sekali borang cukai tafsiran. Ini akan menguatkan lagi permohonan anda.

Selain dari melanjutkan tempoh pinjaman anda harus berhati-hati dengan kadar faedah (interest rate) bank yang mungkin agak sedikit mengelirukan. Pernahkah anda ditawarkan pinjaman sehingga BLR - 2.3 atau BLR - 2.4? jika anda berjumpa dengan tawaran menarik ini, anda harus berhati-hati ada sesetengah bank yang menawarkan pinjaman dengan kadar yang “super best!”. Malangnya ada syarat terlindung yang dipanggil “locking period” didalam perjanjian pinjaman anda. Ada juga bank menawarkan BLR - 2.2 sahaja, tetapi “locking period” tidak lama.

Apa itu “locking period”?


Locking period adalah satu istilah yang digunakan oleh pihak bank untuk menyatakan bahawa anda terikat dengan syarat untuk tidak membatalkan perjanjian pinjaman bersama bank sebelum melepasi tempoh wajib. Ini bermakna jika saudara merancang untuk menjual, menyelesaikan pinjaman atau membiayai semula rumah… anda akan dikenakan penalti mengikut baki pinjaman. Secara asasnya tempoh wajib hanyalah 3 tahun.

Locking period yang panjang tidak menjadi masalah jika anda tidak bercadang untuk menjual hartanah itu atau membiayainya semula. Tetapi harus diingat, kebiasaanya kadar BLR akan berubah setiap 5 tahun sekali atau lebih. Sebagai contoh didalam tempoh 5 tahun selepas ini kami menjangkakan BLR akan berubah, apabila BLR naik ramailah pelabur atau peminjam akan menukar pakej pinjaman sedia ada kepada pakej yg tetap dan tidak terlalu tinggi.

Waktu itu anda akan menghadapi masalah, kerana pinjaman anda tertakluk pada syarat dan tempoh wajib yang dikenali sebagai “lockin period”. Ambil nota ini, bahawasanya ada sesetengah bank menawarkan “rate” pinjaman menarik tetapi “lockin period” nya adalah 8 tahun “it’s damn serius!” cari pakej pinjaman yang lain, jangan buang masa anda. Kenapa saya kata begitu? ini kerana, anda dan saya tidak boleh menilik masa hadapan, tetapi dengan persediaan rapi dan perancangan kewangan bijak kita dapat mengelak dari membayar penalti kepada bank.

Baik, Jika pada hari ini BLR adalah 5.55%. Didalam tempoh ini saya bayangkan bayaran pinjaman rumah anda setiap bulan adalah RM1300. Setelah 5 atau 6 tahun, kebiasaanya BLR akan meningkat 1 atau 2 kali. Sebagai contoh jika kadar BLR naik sehingga 6.65% ini bermakna secara automatik pinjaman anda akan di “restructre” oleh bank. Jika pada waktu itu anda mempunyai komitmen dan liabiliti tinggi berkemungkinan besar anda akan mempunyai masalah untuk membayar baki pinjaman dengan kadar faedah yang baru. Oleh itu anda harus berhati-hati dan dapatkan tempoh “locking period” yang rendah supaya tidak terperangkap dengan jerangkap samar bank komersial ini. Misi anda bukan sahaja mencari kadar faedah rendah tetapi tempoh wajib “Locking period” pinjaman juga mesti rendah sebaik-baiknya hanya 3 tahun.

Pakej pinjaman perumahan yang biasa ditawarkan oleh bank;

Pinjaman berjangka (term loan)
Pinjaman perumahan berjangka ini adalah satu pakej fasiliti pinjaman yang biasa digunakan. Pinjaman jenis ini adalah tetap sehingga tempoh tertentu seperti 35 tahun atau sehingga berumur 65 tahun. Ada juga sesetengah bank yang menawarkan pinjaman selama 45 tahun atau maksima umur 75 tahun. Selain itu semak juga dengan pegawai bank apakah bank anda memberi kebenaran anda untuk membuat pra-bayaran awal “pre-payment” pada akaun pinjaman. Ada sesetengah bank tidak membenarkan peminjam untuk membuat pembayaran awal tanpa memberi notis awal pada mereka. Jika bayar juga, anda akan dikenakan penalti. Pelik kan? jika kita bayar cepat kena penalti, kalau kita bayar lambat pun kena penalti. Jadi berhati-hati.

Pinjaman overdarf
Pinjaman ini adalah satu fasiliti pinjaman berdasarkan jumlah had tertentu. Pinjaman jenis ini tiada had minima bayaran bulanannya kerana ia dikira berdasarkan baki pinjaman harian. Dengan fasiliti kredit ini, ia memberi kelonggaran pada peminjam untuk menyelesaikan hutang tanpa had masa dan menggunakan fasiliti ini untuk digunakan pada tujuan yang lain. Tetapi oleh kerana waktu bayaran pinjaman yang berbeza pinjaman ovedraf mempunyai kadar faedah yang tinggi pada sesetengah peminjam.

ZEC vs. NZEC


Selain dari faktor diatas, anda juga harus memahami perbezaan diantara Zero Entry Cost (ZEC) dan Non-Zero Entry Cost (NZEC). Apakah sebenarnya yang dipanggil zero entry cost? Zero entry cost pada dasarnya ditujui pada kos-kos guaman untuk proses permohonan pinjaman. Ini bermakna jika anda mengambil pakej Zero entry cost segala yuran guaman anda dibiayai oleh pihak bank. Walaupun begitu ZEC dan NZEC mempunyai perbezaan kadar faedahnya. Sebagai contoh jika pakej ZEC mempunyai kadar BLR - 2.00 manakala NZEC pula BLR - 2.3 mengikut bank tertentu. Mengikut jangka masa panjang, ada lebih baik anda membayar sendiri yuran guaman pinjaman anda. Mungkin perbezaan diantara 0.03% terlalu sedikit, Siapa kata sedikit, bukankah lagi bagus anda dapat berjimat RM200 setiap bulan, bermakna didalam setahun anda dapat berjimat RM2400 atau RM24,000 didalam 10 tahun. Mana lebih bagus jimat RM24,000 atau bayar yuran guaman RM2500.

Bagaimana dengan yuran guaman?

Yuran guaman adalah satu yang subjektif untuk diterangkan kerana setiap firma guaman mempunyai kadar dan kaedah tersendiri. Walau bagaimanapun penulis akan cuba letakkan contoh kiraan biasa yang dipraktiskan;

RM100,000 Pertama 1% (yuran minima RM300)
RM500,000 dan seterusnya 0.7%
RM2,000,000 dan seterusnya 0.6%

Jumlah dan angka yuran guaman diatas mungkin berbeza. Selain itu anda juga perlu menyediakan peruntukan untuk beberapa kos sampingan dari peguam. Sebaik-baiknya sediakan 2&-3% lagi untuk menampung kos-kos tersembunyi dari yuran guaman. Nasihat saya semak dahulu akaun simpanan dan KWSP, kemudian rancang dengan betul sebelum anda membuat sebarang komitmen jangka panjang ini.

Diharap dengan penjelasan mudah diatas dapat membantu anda memilih pakej bank yang bersesuaian dengan tujuan dan rancangan pelaburan anda.

Semoga berjaya pelabur semua…

Maklumat dari http://www.drumah.com/
Share

Bagaimana memilih pinjaman bank di Malaysia Bhg.1

Share


Memandangkan ramai yang bertanyakan mengenai pinjaman perumahan, disini saya senaraikan beberapa maklumat umum bagaimana memilih pinjaman bank di Malaysia.

Pinjaman bank di Malaysia mempunyai beberapa pakej tertentu dan keistimewaan mereka tersendiri. Dari pemerhatian saya, hampir 55% pembeli rumah yang tinggal di Malaysia hanya pergi ke satu atau dua bank sahaja sebelum mereka membuat keputusan membeli rumah. Hanya 5% sahaja pembeli yang membuat “survey” lebih dari 3 bank. Manakala hampir 30% pembeli membuat keputusan menerima pakej pinjaman dari cadangan pihak penjual dan rakan-rakan. Selebihnya hampir 10% pula menggunakan internet sebagai sumber maklumat pinjaman.

Sebelum anda mula lakukan sebarang transaksi booking, nasihat saya selidiki pinjaman anda dahulu. Lakukan bajet mudah untuk mengenali kelayakkan anda seperti;

- Sasaran bayaran bulanan yang saya ingin tanggung

- Sasaran bayaran pendahuluan yang saya ingin keluarkan

- Semak akaun simpanan saya

- Semak simpanan EPF saya

- Semak simpanan ASB dan Tabung Haji


Setelah anda perolehi segala maklumat, baru lah anda membuat bajet sendiri. Gunakan kalkulator pinjaman untuk mendapatkan jumlah bayaran minima setiap bulan. Setelah itu barulah anda membuat keputusan adakah saya boleh beri komitmen ini untuk 20 tahun, 30 tahun, atau 45 tahun? fikirkan dahulu.

Memang mudah mengatakan membeli rumah anda tidak akan rugi, tidak seperti membeli kerta yang nilai hartanya akan susut mengikut keadaan dan kondisi kereta itu. Sebenarnya membeli hartanah, adalah satu komitmen sepanjang hayat, yang mana ia menuntut anda terus menerus membayar didalam jangka tempoh yang lama. Jadi pilih la mana yang termampu. Tidak perlu terikut-ikut pelabur-pelabur “hadrcore” ini, lakukan mengikut cara anda sendiri, biarpun ia mengambil masa dan perlahan.

Setelah anda tahu akan status kelayakkan barulah anda “shop around”, jika boleh, pilihlah hartanah pegangan bebas (Freehold) yang mempunyai nilai tinggi. Setelah itu sediakan dokumen – dokumen penting untuk dihantar pada bank;

Dokumen-dokumen pinjaman

* Salinan fotokopi kad pengenalan
* Slip gaji 3 bulan terkini
* Deposit atau resip tempahan
* Salinan geran pegangan jika ada
* Salinan penyata bank / buku simpanan/ simpanan tetap boleh digunakan

Margin Pinjaman


Margin pinjaman anda berbeza ia bergantung pada nilai pasaran dan kedudukan kewangan anda. Margin pinjaman 100%, 90% atau 95 termasuk MRTA adalah contoh kadar pinjaman yang biasa dipraktiskan oleh bank. Bukan setakat itu sahaja, jenis hartanah, lokasi harta, umur peminjam dan pendapatan juga akan di ambil kira oleh pihak bank.

Tempoh pinjaman

Memanjangkan tempoh pinjaman adalah satu cara baik untuk mengurangkan bayaran bulanan. Lebih-lebih lagi ia berguna pada pelabur hartanah. Kerana lagi sedikit duit yang keluar dari poket, lagi tinggi nilai hartanah itu pada mereka. Kebiasaan bank akan meletakkkan maksima 35 tahun atau sehingga anda berumur 65 tahun, mana yang dahulu.

Bagi mereka yang berumur, ada beberapa teknik yang biasa digunakan untuk melanjutkan tempoh pinjaman anda, tetapi saya akan menyambung kembali artikel ini pada bahagian kedua pada hari esok. Jadi sebelum membuat pinjaman dapatkan khidmat nasihat dari pegawai bank berdekatan kerana mereka lebih arif mengenai pakej-pakej pinjaman mereka .
Share

Sunday, June 20, 2010

Kadar Faedah Pinjaman Tetap Atau Terapung Lebih Baik

Share



Pasti anda biasa mendengar istilah iHome Loan, Flexi Home, Fixed Rate, Floating Rate, BLR (Basic lending rate) , BFR (Basic finance rate), Locking period dan macam-macam lagi. Dari kesemua istilah diatas ia semua bakal bergantung pada keperluan anda tentang kadar faedah tetap atau terapung, mana yang lebih sesuai.

Memilih kadar faedah pinjaman tetap atau terapung adalah satu perkara yang subjektif mengikut keperluan masing-masing. Adakah anda tahu elemen asas yang penting untuk memilih pakej pinjaman mana yang terbaik untuk anda. Kita kategorikan tujuan asal pembelian rumah pada tiga golongan pembeli, pertama mereka yang ingin menduduki hartanah tersebut, kedua mereka yang membuat pembelian untuk tujuan pelaburan singkat dan ketiga dan terakhir mereka membeli untuk pelaburan jangka panjang.

1. Mereka yang ingin menduduki hartanah tersebut
Pada mereka yang ingin menduduki hartanah yang dibeli, pembelian dengan mengunakan kadar faedah tetap adalah satu cara terbaik untuk mereka. Ini kerana dengan kadar faedah tetap ia membantu pembeli untuk memperuntukkan wang pendapatan dengan lebih tepat dan konsisten. Selain itu kadar tetap memudahkan bajet bulanan pembeli dan tidak terikat pada tekanan pasaran yang sentiasa berubah-ubah. Mengikut carta sejarah BLR negara, kadar BLR ini akan berubah setiap tahun sekurang-kurangnya sekali. Tetapi pernahkah anda terfikir, kenapa Pinjaman Perumahan untuk kakitangan kerajaan pada kadar faedah tetap 4%?

Apa yang anda perlu tahu…
Kadar pinjaman tetap dari Pinjaman Perumahan Kakitangan Kerajaan memudahkan mereka membuat pembayaran balik ansuran bulanan pada kos yang tetap setiap bulan. Ia membolehkan si peminjam tadi untuk memperuntukkan pendapatan secara sistematik. Perbelanjaan isi rumah dan keperluan lain tidak akan terganggu dengan kos-kos luar jangka dan segalanya boleh dibuat mengikut bajet yang lebih terancang. Dengan pemilihan kadar faedah tetap pada pembelian hartanah adalah satu cara terbaik untuk pinjaman yang stabil dan lebih selamat.

2. Mereka yang membuat pembelian untuk tujuan pelaburan singkat

Pinjaman perumahan pada mereka yang ingin membuat pelaburan pada jangka masa singkat adalah mereka yang membuat pinjaman pada tempoh tiga hingga lima tahun. Pada tempoh ini, pinjaman dengan kadar faedah terapung adalah yang terbaik untuk mereka. Ini kerana pada tempoh tersebut pembeli hartanah akan memiliki hartanah tersebut pada tempoh tertentu dan menjualnya pada waktu matang. Lebih sedikit wang sendiri yang dikeluarkan lebih menguntungkan. Selain itu jika ditolak tambah kadar faedah terapung lebih menjimatkan untuk pelabur hartanah jangka singkat.

Apa yang anda perlu tahu…
Seperti biasa, pinjaman hartanah dengan kadar faedah terapung walaupun berada ditahap yang berubah-ubah secara umunya ia lebih jimat pada tahap ekonomi yang terkawal. Jika tekanan ekonomi semakin mendesak pinjaman ini mungkin tidak akan membantu malah ia mungkin membebankan peminjam.

3. Mereka membeli untuk pelaburan jangka panjang
Pada mereka yang bergelar “Strategis” amat sesuai dengan kadar faedah pinjaman tetap. Mereka yang membeli untuk pelaburan jangka masa panjang memerlukan kuasa pegangan. Kuasa pegangan mereka harus sentiasa konsisten seperti contoh; pelabur hartanah sewa juga sesuai dengan kadar ini, kerana kadar sewaan akan berubah mengikut pasaran semasa, tetapi dengan kadar tetap anda dapat memaksima dan menjangkakan keuntungan. Lain pula jika mengikut kadar terapung, jika pada waktu itu kadar sewaan meningkat, kadar faedah anda juga akan meningkat. Jadi jika anda ingin membuat pelaburan untuk hartanah sewa… lebih baik dengan kadar tetap.

Kadar tetap juga sesuai untuk mereka yang membeli dengan tujuan menghadiahkan hartanah itu pada ahli keluarga seperti ibu bapa atau anak-anak. kebanyakkan mereka yang membuat pinjaman dengan kadar faedah tetap telah mengambil kira wang mereka pada hari ini dan wang masa hadapan. Sebagai seorang yang membuat persediaan awal, kebiasaanya individu ini dapat memperuntukkan wang tabungan yang konsisten.

Apa yang anda perlu tahu…
Pinjaman dengan kadar tetap kebiasaanya disalah ertikan jika kita melihatnya pada hari ini. Setiap tahun nilai mata wang kita akan semakin mengecil, terdapat banyak faktor luaran yang mampu membawa tekanan pada ekonomi negara hari ini. Skim pembayaran balik dengan kadar faedah tetap amat sesuai untuk mereka yang bekerja sendiri atau peniaga kecil-kecilan kerana ia lebih selamat dan kurang berisiko.

Oleh itu sebaik-baiknya anda mengetahui tujuan sebenar anda memiliki hartanah. Jika untuk tinggal disana, kadar faedah tetap amat sesuai digunakan. Buat pilihan yang tepat untuk diri anda dan keluarga.

Terdapat beberapa pakej menarik untuk pinjaman dengan kadar tetap (fixed rate loan) di pasaran kita hari ini. Malangnya setiap kali mencari pinjaman dengan kadar tetap dari pihak bank kadar faedahnya terlalu tinggi dan ia tidak relevan dengan keadaan semasa ekonomi negara. Jika anda memerlukan pinjaman rumah dari institusi kewangan dengan kadar faedah tetap yang rendah sehingga 4.99% setahun selama 30 tahun anda boleh menghubungi En. Mohd ditalian +6 016. 203. 4402 untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sebagai contoh; jika hartanah yang anda beli itu bernilai RM350,000 dengan kadar faedah tetap jumlah pembayaran balik hanyalah RM1689.00 sebulan. Bukan setakat itu sahaja, anda juga layak untuk mendapat bonus tunai sehingga RM112,000 setelah tamat bayaran pinjaman nanti. Tidak percaya? Hubungi beliau segera.

Jika anda sedang mencari pinjaman hartanah dengan pakej menarik sila hubungi pegawai institusi kewangan ini ditalian +6016. 203. 4402 (En. Mohd) untuk sesi rundingan.
Share

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails