Friday, June 21, 2019

MENGENAI KAMI MSA PROPERTIES SDN BHD

Share
MENGENAI KAMI

Latar belakang syarikat

MSA PROPERTIES SDN BHD adalah sebuah Syarikat Bumiputera yang ditubuhkan untuk memperluaskan perniagaannya dalam bidang pemasaran hartanah, pengurusan hartanah dan pembangunan hartanah.

MSA PROPERTIES SDN BHD dikukuhkan lagi melalui kekuatan Team yang terlatih secara Professional yang mampu berdaya saing dari segi bimbingan pengetahuan dan teknik jualan terkini mengikut peredaran zaman bagi memastikan Team sentiasa selari dengan perkembangan teknik terkini pemasaran dan perundingan yang terbaik untuk prospek.

MSA PROPERTIES SDN BHD bertanggungjawab untuk menyediakan perkhidmatan pemasaran jualan untuk unit hartanah daripada pemaju termasuk semudokumen berkaitan untuk permohonan pinjaman melalui pinjaman Bank atau Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

MSA PROPERTIES SDN BHD juga menjalankan perniagaan Pengurusan Hartanah dengan tujuan membantu Pemilik Hartanah yang berdepan masalah menguruskan segala urusan yang berkaitan Rumah Sewa.

MSA PROPERTIES SDN BHD mempunyai target untuk terlibat dan menjadikan industri Pemajuan Hartanah sebagai entity perniagaan utama syarikat pada tahun 2021 dalam menjayakan misi kerajaan dalam merealisasikan harapan setiap rakyat memiliki kediaman sendiriKami berhasrat menjadi peneraju utama syarikat Pembinaan Perumahan yang serius menawarkan harga mampu milik di seluruh Malaysia.

Visi Kami
Peneraju pilihan utama Syarikat Pemajuan Hartanah yang dipercayai berkonsepkan mampu dimiliki oleh semua golongan.

Misi Kami
1. Kami adalah sebuah entiti perniagaan
2. Asas perniagaan kami adalah dalam sektor Hartanah
3. Tanggungjawab kami ialah menyediakan perkhidmatan pemasaran, pengurusan dan pembangunan hartanah
4. Objektif kami adalah membantu menawarkan hartanah mampu dimiliki oleh semua golongan terutama yang tidak pernah memiliki hartanah demi menyumbang dalam ekonomi dan kesejahteraan rakyat dan negara

Pembangunan Hartanah Secara Usahasama
a) Kami mengalu-alukan pemilik tanah untuk bekerjasama dengan kami dalam pembangunan hartanah secara usahasama dengan memastikan kedua-dua pihak mendapat pulangan keuntungan yang terbaik berdasarkan persetujuan bersama.

b) Melalui pembangunan hartanah secara usahasama, pemilik tanah mempunyai peluang untuk membangunkan tanah mereka tanpa mengeluarkan sebarang kos pembinaan, pengurusan dan pemasaran pembangunan yang akan ditanggung oleh pihak kami sebagai pemaju.

Share

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails