Monday, June 21, 2010

Tiga Teknik Kretif Menjual Rumah

Share


Tiga teknik kretif ini sama lah seperti “check list” yang boleh diguna pakai oleh sesiapa sahaja untuk menjual rumah. Ada banyak cara dan tip hartanah dari guru hartanah, tetapi bagi saya hanya tiga perkara yang maha penting perlu diambil kira sebelum anda menjual sebarang hartanah pada hari ini.

1. Fahami nilai sebenar rumah;

Saya boleh katakan harga rumah anda tidak semestinya tinggi kerana anda menyukai rumah itu. Saya juga tidak kata yang rumah ini akan meningkat nilainya apabila anda membelanjakan RM25,000 untuk plaster syiling dan lampu dinding yang eksklusif. Yang paling saya malas apabila saya sendiri terpaksa memberi tahu kepada tuan rumah yang rumah dia ini hanya ada RM10,000 sebagai harga tambahan dari kos pembesaran ruang dapur yang bernilai RM45,000. Bukan malas apa.. rasa dukacita dengan nilai sebegitu, tetapi itu lah realitinya.

Sebagai tuan tanah anda akan berhadapan dengan kos-kos tersembunyi didalam proses jual-beli rumah. Yang paling perlu kita hindari adalah anggapan buruk pembeli pada hartanah anda yang sudah setahun tidak boleh dijual tu. Malangnya ada-pun orang yang minat membeli, anda terpaksa mengurangkan harga rumah itu. Sebab itu anda perlukan rancangan yang baik untuk menjual hartanah dan jual rumah itu dengan segera – tanpa susut nilai.

2. Fahami pasaran anda

Bagaimana dan siapakah yang akan menjadi pembeli anda. Bincang dengan agen hartanah pilihan anda dan cepat-cepat rancang bagaimana anda boleh pergi kearah pembeli tersebut.

Adakah lokasi dan keadaan sekeliling rumah anda sunyi dan tidak sibuk? Mungkin anda boleh mengikut cadangan saya ini – iklankan kepada orang ramai fakta rumah anda secara tepat. Contohnya… “Rumah tiada tangga!” Slogan ini sebagai satu “hot button” kepada pembeli yang bercadang untuk menghabiskan masa bersara mereka disini. Dengan “header” diatas, pasti menarik bakal-bakal pembeli yang akan pencen awal atau mahu mengahabiskan masa tua di kediaman anda.

3. Pemuliharaan rumah

Tentulah anda harus megambil inisatif sendiri untuk projek pemuliharaan dan penjagaan rumah, manakala agen hartanah anda fokus kepada pelan pemasaran anda. Lawati rumah anda setiap hari atau sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk membersihkan lantai, rumput panjang. Lebih-lebih lagi apabila rumah anda telah kosong adalah serangga-serangga yang menjadi penumpang. Jadi bersihkan rumah anda sekerap yang mungkin.

Jangan lupa untuk membaik pulih barang-barang yang lusuh atau gantikan pintu bilik air, sink atau cat untuk menampakkan rumah anda dijaga dengan baik.

Jika anda punyai masa untuk memotivasikan diri lagi. Anda boleh perolehi tip-tip hartanah disini, selak saja beberapa muka surat anda pasti akan memperolehi tip yang lain. Mungkin yang lain boleh berikan anda satu idea baik tetapi apa-kata mulai hari ini anda mulakan dengan sesuatu yang sangat-sangat penting dari sini.
Share

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails