Monday, June 21, 2010
Cari apartment yang terbaik
Dalam proses pencarian rumah apartment ia menjadi satu tugas yang mencabar. Individu yang mencari hartanah apartment kebiasaanya mempunyai sasaran jika mereka berminat dan matlamat yang diletakkan untuk hartanah terbabit. Dibawah adalah beberapa tip yang dapat membantu untuk pemilihan hartanah.
1. Pastikan anda tahu apa yang anda cari. Seseorang yang tidak pasti dan ragu-ragu selalunya akan terjerat dengan mudah pada pemilihan yang salah dan merugikan. Sebagai contoh; jika anda perlukan 3 bilik air, jangan pula memilih kurang darinya dan pastikan anda teguh pada matlamat anda.
2. Gunakan segala sumber untuk pencarian hartanah. Kebiasaan hartanah apartment akan dipamerkan didalam akhbar, majalah, iklan-iklan kecil, internet mahu pun papan tanda sewa diberenda rumah. Teroka segala maklumat dan dapatkan beberapa unit sebagai perbandingan. Tidak bermakna jika anda berjumpa dengan hartanah yang murah sedikit anda menolak hartanah yang lain. Sebaik-baiknya luangkan masa untuk datang dan lihat sendiri hartanah itu. Kerana walau pun bezanya beberapa ribu, tetapi ia tetap memiliki “pro” dan “con” pada pemilihan anda nanti.
Dari padangan saya, harga adalah sesuatu yang subjektif, mungkin harga rumah ini murah sedikit, tetapi “view” dan kondisinya tidak berapa cantik. Berbeza dengan apartment yang lain yang disana anda mempunyai pandangan yang cantik malah kondisinya tidak terjejas.
3. Sebagai tambahan, jika anda melawati apartment itu, jangan takut-takut untuk membuat “inspection”. Cari lubang tikus, anai-anai, ruang kotor, lantai yang kotor, kesan minyak dan lain-lain lagi. Dapatkan seberapa bayak maklumat mengenai penyewa terdahulu dan senaraikan beberapa perkara penting yang perlu diperbaiki oleh pemilik.
4. Baca kontrak anda! Sebelum anda menandatangani sebarang dokumen pastikan anda memahami segala terma dan perkhidmatan. Apabila membeli aparment anda tidak perlu berbelanja lebih dari pada harga yang ditawarkan kepada anda berdasarkan kondisi apartment.
Pencarian hartanah apartment kadang-kadang meletihkan, anda terpaksa terkejar kesana kemari untuk mendapatkan hartanah yang sesuai. Mengetahui apa yang anda cari dan memilihnya dengan bijak akan membuatkan pencarian aparment anda adalah sesuatu yang menyeronokkan.
Labels:
Tips
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment