Monday, June 21, 2010
Bagaimana memilih pinjaman bank di Malaysia Bhg.1
Memandangkan ramai yang bertanyakan mengenai pinjaman perumahan, disini saya senaraikan beberapa maklumat umum bagaimana memilih pinjaman bank di Malaysia.
Pinjaman bank di Malaysia mempunyai beberapa pakej tertentu dan keistimewaan mereka tersendiri. Dari pemerhatian saya, hampir 55% pembeli rumah yang tinggal di Malaysia hanya pergi ke satu atau dua bank sahaja sebelum mereka membuat keputusan membeli rumah. Hanya 5% sahaja pembeli yang membuat “survey” lebih dari 3 bank. Manakala hampir 30% pembeli membuat keputusan menerima pakej pinjaman dari cadangan pihak penjual dan rakan-rakan. Selebihnya hampir 10% pula menggunakan internet sebagai sumber maklumat pinjaman.
Sebelum anda mula lakukan sebarang transaksi booking, nasihat saya selidiki pinjaman anda dahulu. Lakukan bajet mudah untuk mengenali kelayakkan anda seperti;
- Sasaran bayaran bulanan yang saya ingin tanggung
- Sasaran bayaran pendahuluan yang saya ingin keluarkan
- Semak akaun simpanan saya
- Semak simpanan EPF saya
- Semak simpanan ASB dan Tabung Haji
Setelah anda perolehi segala maklumat, baru lah anda membuat bajet sendiri. Gunakan kalkulator pinjaman untuk mendapatkan jumlah bayaran minima setiap bulan. Setelah itu barulah anda membuat keputusan adakah saya boleh beri komitmen ini untuk 20 tahun, 30 tahun, atau 45 tahun? fikirkan dahulu.
Memang mudah mengatakan membeli rumah anda tidak akan rugi, tidak seperti membeli kerta yang nilai hartanya akan susut mengikut keadaan dan kondisi kereta itu. Sebenarnya membeli hartanah, adalah satu komitmen sepanjang hayat, yang mana ia menuntut anda terus menerus membayar didalam jangka tempoh yang lama. Jadi pilih la mana yang termampu. Tidak perlu terikut-ikut pelabur-pelabur “hadrcore” ini, lakukan mengikut cara anda sendiri, biarpun ia mengambil masa dan perlahan.
Setelah anda tahu akan status kelayakkan barulah anda “shop around”, jika boleh, pilihlah hartanah pegangan bebas (Freehold) yang mempunyai nilai tinggi. Setelah itu sediakan dokumen – dokumen penting untuk dihantar pada bank;
Dokumen-dokumen pinjaman
* Salinan fotokopi kad pengenalan
* Slip gaji 3 bulan terkini
* Deposit atau resip tempahan
* Salinan geran pegangan jika ada
* Salinan penyata bank / buku simpanan/ simpanan tetap boleh digunakan
Margin Pinjaman
Margin pinjaman anda berbeza ia bergantung pada nilai pasaran dan kedudukan kewangan anda. Margin pinjaman 100%, 90% atau 95 termasuk MRTA adalah contoh kadar pinjaman yang biasa dipraktiskan oleh bank. Bukan setakat itu sahaja, jenis hartanah, lokasi harta, umur peminjam dan pendapatan juga akan di ambil kira oleh pihak bank.
Tempoh pinjaman
Memanjangkan tempoh pinjaman adalah satu cara baik untuk mengurangkan bayaran bulanan. Lebih-lebih lagi ia berguna pada pelabur hartanah. Kerana lagi sedikit duit yang keluar dari poket, lagi tinggi nilai hartanah itu pada mereka. Kebiasaan bank akan meletakkkan maksima 35 tahun atau sehingga anda berumur 65 tahun, mana yang dahulu.
Bagi mereka yang berumur, ada beberapa teknik yang biasa digunakan untuk melanjutkan tempoh pinjaman anda, tetapi saya akan menyambung kembali artikel ini pada bahagian kedua pada hari esok. Jadi sebelum membuat pinjaman dapatkan khidmat nasihat dari pegawai bank berdekatan kerana mereka lebih arif mengenai pakej-pakej pinjaman mereka .
Labels:
Pinjaman Bank
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment